Utusan Borneo (Sabah)

Lima terima Anugerah Khas Momogun Muslim

-

KENINGAU: Seramai lima orang yang berjaya dalam bidang masingmasi­ng dari daerah ini telah menerima Anugerah Khas Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Semalaysia (Momogun Muslim) sempena majlis Pesta Kaamatan dan Aidilfitri peringkat daerah Keningau yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Tudan Baru, di sini barubaru ini.

Mereka yang dianugerah­kan telah menunjukka­n prestasi kejayaan dalam bidang yang diceburi masing-masing antaranya pembuatan kraftangan, perniagaan, pendidikan dan juga pengembang­kan syiar agama Islam.

Para penerima adalah terdiri Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Datuk Dr Abdul Kadir Haji Rosline, Ketua Usia Bahagian Keningau Haji Kaipin Rusmin, Pesara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheains) Najion Jamil, ahli perniagaan berjaya Haji Wasrin Sumir dan pembuat kraftangan Rantisan Pungnit.

Kesemua anugerah khas yang berbentuk sijil, wang tunai dan hamper telah disampaika­n oleh Pengerusi Momogun Muslim Haji Nicholas Syvester.

Dalam ucapannya, Nicholas berkata, program itu adalah untuk mengeratka­n lagi perhubunga­n antara umat Islam selain meningkatk­an syair agama Islam.

Beliau memberitah­u bahawa program ini adalah buat kali kelima diadakan dan pada tahun ini sebanyak sepuluh daerah akan dilawati termasuk daerah ini.

“Tujuan program ini adalah menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan masyarakat daerah ini di dalam suasana yang harmoni dan ceria,” katanya.

Nicholas berkata, program ini juga adalah untuk membina hubungan harmoni dengan budaya dan jati diri sebagai kehidupan seorang Muslim.

Beliau mengharapk­an agar majlis itu dapat meningkatk­an hubungan silaturahi­m di kalangan masyarakat Islam di daerah ini selain bersyukur atas usaha para petani dan perniaga yang berjaya meningkatk­an hasil usaha meraka.

“Saya juga meminta agar umat Islam dapat mengetenga­hkan jatidiri dengan budaya yang positif selaras dengan ajaran Islam yang dapat menyumbang­kan kepada kehidupan yang produktif dalam membangunk­an masyarakat kita,” katanya.

Nicholas berkata, anugerah yang diberikan adalah kepada mereka yang layak dan telah berjaya dalam bidang masingmasi­ng dalam memajukan diri dan umat Islam di daerah ini.

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Sarimin Musiman, WKAN Rusli Suman, Ketua Kampung Haji Sadi Raji, ahli-ahli rombongan dan pemimpinpe­mimpin masyarakat dan umat Islam di daerah ini.

 ??  ?? HANIMIH Jamil mewakili abangnya, Najion Jamil menerima Anugerah Khas daripada Nicholas.
HANIMIH Jamil mewakili abangnya, Najion Jamil menerima Anugerah Khas daripada Nicholas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia