Utusan Borneo (Sabah)

KPKT sedia kaji naikkan gaji

Tugas anggota JBPM kini semakin mencabar

-

SEREMBAN: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedia mengkaji cadangan menaikkan gaji anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata ini kerana tugas anggota JBPM kini dilihat semakin mencabar dan sama penting seperti anggota keselamata­n lain.

“Jadi mungkin mesti ada sedikit peningkata­n dari segi kebajikan mereka yang harus diambil kira dan diberi keprihatin­an ...( kenaikan gaji) mungkin kita akan bincang untuk dimasukkan dalam bajet pada tahun hadapan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2018 Peringkat Kebangsaan di Padang Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) di sini, pada Sabtu.

Rabu lepas, Zuraida dilapor berkata keputusan pemberian elaun khas RM200 sebulan kepada setiap pegawai dan anggota JBPM akan diketahui hujung bulan ini.

Elaun khas itu disyorkan bekas menteri Tan Sri Noh Omar pada 21 Mac lepas bagi mengiktira­f usaha pasukan bomba dan penyelamat menangani bencana, yang meletakkan agensi itu setanding agensi penguatkua­saan lain.

Sekiranya diluluskan, elaun itu akan memberi manfaat kepada 14,761 warga kerja JBPM, melibatkan peruntukan kira-kira RM35.4 juta setahun.

Sementara itu, Zuraida berkata kementeria­nnya juga akan mengkaji dan meneliti keperluan untuk menambah bajet pasukan bomba sukarela dan komuniti yang bertindak sebagai pasukan pertama membantu JBPM sekiranya berlaku bencana.- Bernama

“Jadi mungkin mesti ada sedikit peningkata­n dari segi kebajikan mereka yang harus diambil kira dan diberi keprihatin­an ...( kenaikan gaji) mungkin kita akan bincang untuk dimasukkan dalam ” bajet pada tahun hadapan. ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia