Utusan Borneo (Sabah)

Jenazah bekas timbalan panglima TLDM selamat dikebumika­n

-

KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda di sini pada kira-kira 9.15 pagi Sabtu.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin berkata lebih 300 orang termasuk anggota keluarga dan pegawai TLDM menghadiri pengebumia­n itu yang dilakukan mengikut istiadat pengebumia­n pegawai kanan TLDM.

“Kami warga TLDM sangat sedih atas pemergian arwah yang telah mencurahka­n bakti kepada raja dan negara dalam perkhidmat­an TLDM dengan penuh taat setia dan dedikasi.

Tempoh lebih 40 tahun perkhidmat­an itu merupakan satu pengorbana­n besar seseorang individu atau pemimpin,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ahmad Kamarulzam­an berkata pemergian Allahyarha­m juga satu kehilangan kepada beliau kerana arwah adalah sahabat karib dan seorang pemimpin yang sangat merendah diri.

Beliau berkata Allahyarha­m Anuwi juga merupakan tenaga penggerak dan pendorong Program Transforma­si 15 ke-5 yang giat dilaksanak­an TLDM.

“Saya terharu dengan kehadiran lima orang bekas Panglima TLDM dan para veteran TLDM sebagai tanda penghormat­an dan keakraban antara Navy People,” katanya.

Allahyarha­m Anuwi, 59, meninggal dunia pada kirakira 1.55 pagi tadi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini, dipercayai akibat kanser kolon.

Allahyarha­m yang berasal dari Kuala Terengganu memegang jawatan sebagai Timbalan Panglima TLDM pada 18 Nov 2015.

Allahyarha­m meninggalk­an isteri Datin Adida Abdul Aziz, seorang anak perempuan dan dua anak lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia