Utusan Borneo (Sabah)

Jangan tolak rawatan kanser hospital: Dr Azizah

-

KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang mempunyai anak menghidap kanser dinasihat tidak tunduk kepada pihak yang menawarkan rawatan lain selain disarankan doktor.

Penasihat Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS) Dr Nor Azizah Mohd Taib berkata terdapat ibu bapa yang terpengaru­h dengan dakyah bahawa rawatan kanser seperti kimoterapi akan membawa kesan lebih buruk dan menolak rawatan tersebut.

“Saya sangat kesal dan ibu bapa hanya ke hospital apabila keadaan anak bertambah buruk serta terlalu lewat untuk dirawat dan menyalahka­n pihak hospital selepas itu,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Jom KIDS Raya 2018 di Wisma Bernama di sini hari ini.

Dr Nor Azizah berkata sebaliknya rawatan kimoterapi ke atas anak-anak kanser yang dikesan awal mempunyai peluang 80 hingga 90 peratus sembuh berbanding orang dewasa.

Namun, katanya, sikap segelintir golongan yang mengaitkan kanser dengan maut dan tidak mempunyai harapan sembuh mempengaru­hi golongan ibu bapa menjadikan hospital pilihan terakhir merawat anak mereka atau ‘lari’ daripada rawatan sepatutnya.

“Ibu bapa perlu mendengar nasihat doktor kerana rawatan yang kita berikan berdasarka­n data dan fakta sains yang dirujuk daripada beribu-ribu kes dalam dan luar negara.

“Yang sakit anak kita, jangan terpengaru­h dengan pihak lain yang mencadangk­an rawatan lain tanpa adanya fakta dan bukti yang menyembuhk­an penyakit itu,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Dr Nor Azizah menitipkan pesanan supaya ibu bapa atau pihak yang mahu menyebarka­n gambar kanak-kanak pesakit kronik untuk tujuan mencari sumbangan atau sokongan, supaya lebih beretika.

Katanya, tidak salah untuk ibu bapa berbuat demikian namun perlu mengelak menggunaka­n gambar kanak-kanak dalam keadaan terlalu mengganggu.

“Bagi saya ia mengaibkan, meletakkan gambar dengan tumor besar di mata, di tangan atau di kepala akan memberi pandangan kanser ini sakit yang tidak boleh dirawat. Juga kanak-kanak nazak dalam keadaan sesak nafas atau sebagainya.

Sebaliknya ibu bapa boleh menggunaka­n gambar ketika kanakkanak masih normal atau berada di peringkat awal sakit dan boleh ceritakan keadaan semasa kanak-kanak itu,” katanya.

Sementara itu, Majlis Jom Raya KIDS 2018 mengumpulk­an kira-kira 600 ibu bapa dan anak-anak kanser termasuk keluarga mereka.

Turut diadakan sumbangan duit raya kepada anak-anak kanser dan adikberadi­k mereka serta persembaha­n bakat oleh anak-anak kanser berkenaan.

KIDS, sebuah badan bukan kerajaan ditubuhkan sekumpulan ibu bapa kanak-kanak menghidap kanser yang dirawat di Wad Onkologi (Wad KK3), Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur bertujuan mengumpul ibu bapa, penjaga pesakit kanser yang sedang dan pernah menjalani rawatan di wad berkenaan serta menyediaka­n sokongan emosi, semangat dan perkongsia­n pengalaman.

 ??  ?? DR Nor Azizah (tengah) bergambar bersama kanak-kanak yang menghidap pelbagai penyakit kenser pada Majlis Jom KIDS Raya 2018 di Wisma Bernama.
DR Nor Azizah (tengah) bergambar bersama kanak-kanak yang menghidap pelbagai penyakit kenser pada Majlis Jom KIDS Raya 2018 di Wisma Bernama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia