Utusan Borneo (Sabah)

Terengganu sedia taja tangan palsu untuk adik Khumaira

-

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri sedia menaja kos rawatan Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli, 7, untuk mendapatka­n tangan palsu agar kanak-kanak itu dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata beliau akan melawat kanakkanak itu dalam masa terdekat.

“Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantu adik Khumaira meneruskan kehidupan seperti biasa. Diharapkan juga agar adik Khumaira dan keluarga tabah serta cekal menerima dugaan yang berat ini,” katanya menerusi catatan laman sosial Facebook beliau pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam pada Jumaat, mangsa putus lengan kiri selepas bajunya tersangkut pada rim motosikal ketika membonceng motosikal yang ditunggang kakak sepupunya, Noor Aina Hananie Razalie, 18, untuk ke rumah penghulu kampung bagi mendapatka­n cop pengesahan permohonan pembiayaan pendidikan Yayasan Terengganu (YT).

Kemalangan di Kampung Binjai Bongkok dekat Marang itu menjadi tular dan mendapat perhatian rakyat Malaysia yang simpati dengan nasib malang kanak-kanak itu.

Nur Zulaikha Khumaira kini masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Pada Jumaat, ketika ditemui Bernama, bapa kanak-kanak itu, Zulkifli Mohamad, 38, melahirkan kebimbanga­n ekoran keputusan awal doktor yang menyatakan kemungkina­n anaknya tidak dapat menggunaka­n tangan palsu berikutan kecederaan yang dialaminya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia