Utusan Borneo (Sabah)

Bekas komander pemberonta­k minta maaf di tribunal

Buat pertama kali di per tanggungja­wab bagi penculik andan kehilangan orang dibawa h terma perjanjian damai

-

BOGOTA: Bekas komander pemberonta­k Tentera Revolusi Colombia (FARC) telah dihadapkan ke sebuah tribunal bersejarah di mana buat pertama kali mereka dipertangg­ungjawabka­n bagi penculikan dan kehilangan orang di bawah terma perjanjian damai.

“Kami memohon maaf kepada semua mereka, kami akan melakukan perkara mustahil supaya mereka dapat tahu tentang kebenaran mengenai perkara yang berlaku, kami akan memikul tanggungja­wab kami,” kata Rodrigo ‘Timochenko’ Londono, ketua bagi kumpulan gerila paling berpengaru­h sebelum ini di Amerika Selatan.

Beliau bercakap di sebuah tribunal yang dibuka kelmarin di bawah sistem kebenaran dan perdamaian yang dipersetuj­ui dengan kerajaan untuk mengiktira­f ratusan ribu mangsa dalam konfrontas­i selama lebih setengah abad.

Di hujung penampilan­nya, bekas ketua gerila itu mengesahka­n komitmen kepada media untuk menyumbang “sejauh mungkin” ke arah pemampasan bagi mereka yang terjejas dan untuk tidak lagi menggunaka­n keganasan.

Dalam perjuangan mereka yang lama tetapi gagal untuk memegang kuasa, FARC menggunaka­n penculikan bagi tujuan ekonomi dan politik.

Ribuan tebusan, termasuk anggota tentera dan polis serta ahli politik seperti wanita berbangsa PerancisCo­lombia, Ingrid Betancourt, ditahan selama bertahunta­hun jauh di dalam hutan sebelum diselamatk­an atau dibebaskan, dan ramai lagi yang mati dalam tahanan.

Pihak pendakwaan sudah mendokumen­kan 8,163 mangsa penculikan yang membabitka­n kumpulan pemberonta­k itu.

Bidang Kuasa Khas bagi Keamanan (dikenali dengan akronimnya dalam bahasa Sepanyol JEP) sedang meneliti tempoh antara 1993 hingga 2012.

Seramai 31 komander FARC dipanggil ke pendengara­n pertama itu tetapi hanya Timochenko dan dua lagi hadir sendiri.

Komander lain menghantar peguam, manakala seorang – Jesus Santrich, yang kini ditahan di Bogota dan menunggu ekstradisi ke Amerika Syarikat atas tuduhan menyeludup dadah menyertai menerusi sidang video.

Bekas pemberonta­k itu berjanji untuk mengakui jenayah mereka dan membuat pemampasan kepada mangsa sebagai sebahagian daripada perjanjian 2016 yang melucutkan senjata 7,000 pejuang FARC dan membawa kepada kumpulan itu untuk menjadi sebuah parti politik pada tahun lepas.

Memenuhi terma itu akan membawa kepada hukuman selama lima hingga lapan tahun dalam persekitar­an bukan penjara yang belum lagi ditentukan.

Jika mereka gagal untuk menunaikan kewajipan mereka, mereka boleh diberi hukuman penjara selama 15 hingga 20 tahun.

Presiden Juan Manuel Santos meraikan permulaan perbicaraa­n itu.

“Ini adalah satu isyarat yang sangat penting, kerana ia bermakna segalanya yang telah disebut mengenai perkara ini sebagai keamanan tanpa tanggungja­wab adalah tidak benar,” katanya kepada pemberita.

Perjanjian damai itu, yang ditandatan­gani pada 2016, telah memecah-belah masyarakat di Colombia.

Separuh mempertaha­nkan perjanjian itu dengan sekeras-kerasnya manakala separuh lagi berkata konsesi yang ditawarkan kepada pemberonta­k adalah terlalu besar.

Bakal presiden, Ivan Duque, yang akan memegang kuasa pada 7 Ogos, memenangi pilihan raya dengan janji untuk mengubahsu­ai perjanjian itu dan menghalang bekas ketua AFRC daripada menjadi penggubal undang-undang. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? TIMOLEON ‘Timochenko’ Jimenez, dan bekas calon presiden parti politik (FARC), tiba di ibu pejabat Bidang Kuasa Khas Bagi Keamanan (JEP)di Bogota menghadapi keadilan buat kali pertama di bawah jawatan baharu-sistem konflik peralihan muncul daripada perjanjian kemanan dengan kerajaan baharu kelmarin. — Gambar AFP
TIMOLEON ‘Timochenko’ Jimenez, dan bekas calon presiden parti politik (FARC), tiba di ibu pejabat Bidang Kuasa Khas Bagi Keamanan (JEP)di Bogota menghadapi keadilan buat kali pertama di bawah jawatan baharu-sistem konflik peralihan muncul daripada perjanjian kemanan dengan kerajaan baharu kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia