Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Peru pecat menteri keadilan terlibat rasuah

-

LIMA: Presiden Peru Martin Vizcarra memecat Menteri Keadilan Salvador Heresi kelmarin selepas penerbitan satu siri rakaman audio mencetuska­n skandal berhubung penjualan hukuman dan penjajaan pengaruh.

“Demi kesihatan reformasi sistem keadilan, saya telah meminta menteri Heresi untuk meletak jawatan,” kata Vizcarra dalam Twitter.

“Tempoh yang sedang dilalui Peru memerlukan tindakan tegas.”

Skandal rakaman audio berkenaan sudah menjerat lapan mangsa sebelum Heresi, dan lima hakim dan tiga pegawai kehakiman digantung pada awal kelmarin.

Vizcarra bertindak selepas perbualan di antara Heresi dan Hakim Mahkamah Agung Cesar Hinostroza dimainkan menerusi televisyen. Hinostroza merupakan salah seorang hakim di tengah skandal rakaman audio berkenaan.

Heresi mengesahka­n dalam Twitter bahawa beliau sudah meletak jawatan supaya Vizcarra dapat melaksanak­an reformasi kehakiman yang beliau umumkan pada Rabu lepas, apabila ribuan warga Peru berarak di jalan-jalan ibu negara Lima untuk membantah rasuah dalam sistem keadilan.

Bagaimanap­un, Heresi menegaskan rakaman yang diterbitka­n itu “tidak mengandung­i sebarang andaian mengenai tindakan yang menyalahi undang-undang atau tiada moraliti atau etika”.

Dalam rakaman itu, Heresi meminta Hinostroza untuk datang ke pejabatnya untuk bercakap dengannya tentang satu inisiatif undang-undang, tanpa memberi sebarang maklumat.

“Saya memerlukan nasihat anda kerana terdapat satu isu yang Kongres mahu, pada peringkat pelbagai parti, usahakan pada peringkat perundanga­n dalam bidang undang-undang jenayah dan terdapat satu hukuman yang anda usahakan,” kata Heresi kepada majistret itu.

Hakim berpangkat paling tinggi yang digantung adalah Walter Rios, Presiden Mahkamah Rayuan Tinggi di bandar Callao, dekat Lima, yang menurut pendakwa raya antirasuah Amado Enco “tidak dapat, selepas peristiwa yang begitu serius, dibenarkan untuk berjalan di tengah bandar. Beliau telah melakukan jenayah yang serius”.

Penyebaran rakaman audio yang hangat itu bermula Ahad lepas dalam laman sesawang kewartawan­an siasatan IDLReporte­ros dan program Panorama dalam stesen televisyen Canal 5, dan selepas itu pejabat pendakwa raya membuka siasatan ke atas penjajaan pengaruh.

“Kita tahu sistem kehakiman di Peru tidak beroperasi dengan telus. Rakaman audio itu adalah bukti yang hilang,” kata penganalis­is Vox Populi, Luis Benavente, kepada AFP.

Vizcarra kelmarin melantik jawatankua­sa yang dianggotai enam pakar undang-undang dan diketuai bekas canselor Allan Wagner, dan memberi mereka masa 12 hari untuk mengemukak­an cadangan bagi reformasi kehakiman. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR fail bertarikh 14 Jun 2013 kelihatan Salvador Heresi, di Lima. Martin Vizcarra memecat Salvador Heresi kelmarin, selepas satu siri rakaman audio mencetuska­n skandal berhubung penjualan hukuman dan penjajaan pengaruh. — Gambar AFP
GAMBAR fail bertarikh 14 Jun 2013 kelihatan Salvador Heresi, di Lima. Martin Vizcarra memecat Salvador Heresi kelmarin, selepas satu siri rakaman audio mencetuska­n skandal berhubung penjualan hukuman dan penjajaan pengaruh. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia