Utusan Borneo (Sabah)

Trump di Scotland sebelum hadiri sidang kemuncak dengan Putin

-

TURNBERRY: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menamatkan lawatan selama empat hari ke Britain, yang didominasi kecamannya terhadap strategi Brexit Perdana Menteri Theresa May, dengan meluangkan masa pada hujung minggu di Scotland.

Trump tinggal di salah sebuah pusat peranginan golf miliknya yang mewah di Turnberry, ke barat daya Glasgow, dalam bahagian peribadi bagi lawatan itu sebelum beliau menghadiri sidang kemuncak bersama Presiden Rusia Vladimir Putin di Helsinki.

Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon, pengkritik Trump yang tegar, enggan berjumpa dengannya, sebaliknya beliau disambut di lapangan terbang Glasgow oleh seorang wakil kerajaan Britain.

Satu perhimpuna­n antiTrump besar-besaran dirancang di Edinburgh semalam selepas protes besar-besaran di London kelmarin yang menurut penganjur menarik lebih 250,000 orang.

Demonstras­i pro-Trump juga dijadual diadakan di London oleh aktivis alternatif kanan, selain satu protes balas antifahama­n fasis.

Dalam temu ramah luar biasa dengan tabloid The Sun edisi Jumaat, akhbar yang dibaca paling ramai orang di Britain, Trump berkata rancangan May untuk hubungan pasca-Brexit dengan Kesatuan Eropah (EU) “mungkin akan membunuh” prospek bagi perjanjian dagangan UK-AS.

Beliau juga berkata bekas menteri luar Boris Johnson, yang meletak jawatan berhubung rancangan itu pada awal minggu ini dan berpotensi untuk mencabar May, boleh menjadi “seorang perdana menteri yang hebat”.

Trump berkata beliau telah menasihatk­an May untuk menggunaka­n strategi berbeza ke atas Brexit, dan memberitah­u akhbar berkenaan: “Saya pasti melakukann­ya dengan cara yang jauh berbeza. Saya sebenarnya memberitah­u Theresa May bagaimana untuk melakukann­ya tetapi beliau tidak setuju, beliau tidak mendengar saya”.

Kritikan luar biasa itu dibuat pada waktu yang khususnya sensitif bagi May, yang berdepan dengan pemberonta­kan oleh penyokong kuat Brexit yang menentang cadanganny­a untuk mengekalka­n hubungan dagangan yang kuat dengan EU walaupun selepas Britain meninggalk­an blok tersebut.

Selepas beliau bertemu dengan May di kediaman desanya di Chequers di luar London kelmarin, nada Trump lebih lembut, dan berkata hubungan dua hala “tidak pernah lebih kukuh”.

“Apa sahaja yang anda buat adalah okay dengan kami, hanya pastikan kita dapat berdagang bersama, itu sahaja yang penting,” katanya kepada May.

“AS mengalu-alukan usaha untuk memuktamad­kan perjanjian dagangan dua hala yang hebat,” katanya, dan beberapa kali memuji kepimpinan May, dan berkata May adalah seorang “wanita yang hebat”.

Trump tinggal di pusat peranginan golf Turnberry – padang sama yang beliau rasmikan pada 24 Jun 2016, sehari selepas pungutan suara di mana Britain mengundi untuk meninggalk­an EU.— AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia