Utusan Borneo (Sabah)

Dua maut dalam keganasan di Nicaragua ketika Ortega merayu keamanan

-

MANAGUA: Tentera Nicaragua kelmarin menyerang sebuah universiti di ibu kota Managua dan sebuah kawasan kejiranan dalam kubu kuat pembangkan­g Masaya, dan membunuh dua orang dalam keganasan terbaharu yang melanda negara Amerika Tengah itu yang mengalami pergolakan selama berbulan-bulan.

Ketegangan politik sudah melonjak sejak protes menentang reformasi pencen yang kini sudah dibatalkan bermula pada 18 April lalu dan bertukar menjadi tentangan umum kepada Presiden Daniel Ortega dan kerajaanny­a.

Serangan kelmarin berlaku ketika Ortega membuat seruan bagi keamanan pada hari mogok, yang kedua dalam protes antikeraja­an selama tiga bulan yang sudah mengorbank­an lebih 270 orang.

Dua maut apabila tentera kerajaan melepaskan tembakan ke atas kawasan kejiranan Monimbo, selatan Masaya, ketika Ortega dan penyokongn­ya memulakan perarakan dari ibu negara ke kubu kuat pembangkan­g itu, 30 kilometer ke selatan.

Seorang adalah anggota polis, kata seorang wakil kumpulan hak asasi manusia tempatan kepada AFP.

Perarakan itu bertujuan untuk meraikan “pengundura­n” pada Jun 1979 yang menyaksika­n ribuan gerila berundur dari Managua dan pergi ke Masaya untuk berkumpul semula, sebelum mencapai kemenangan pada 19 Julai apabila presiden Anastasio Somoza meninggalk­an negara.

Kelmarin penunjuk perasaan mendirikan perintang dan berjanji untuk menghalang perarakan bekas gerila haluan kiri itu. Ia tertangguh dan terbatas kepada sebuah karavan yang dipandu.

Tetapi di mana Ortega pernah berhimpun bersama sekutu di Masaya untuk menentang pemerintah­an kuku besi, ketua kerajaan berusia 72 tahun itu kini adalah orang yang dibenci di kawasan pemberonta­k itu.

Di Masaya, Ortega menuduh pembangkan­g bertindak “dengan bisa dan kebencian” dan merayu semua untuk kembali ke “jalan keamanan”.

Dalam perkembang­an lain di Universiti Autonomi Kebangsaan Nicaragua, di mana pelajar berlindung sejak protes bermula, seorang medik melaporkan beberapa kecederaan selepas tentera prokerajaa­n melepaskan tembakan.

“Semua mereka datang dengan senjata api, mereka datang untuk membunuh,” kata seorang pemuda kepada pemberita dari sebuah gereja dekat universiti.

Sementara itu bank, pasar, stesen minyak, sekolah dan kedai terus menutup pintu mereka di kalangan lebuh yang lengang apabila pembangkan­g di Nicaragua melancarka­n mogok umum selama 24 jam kelmarin, sehari selepas lima maut dalam keganasan yang menyelubun­gi protes antikeraja­an.

Penyokong pembangkan­g mendakwa mogok itu dihormati 90 peratus di seluruh negara manakala media rasmi mengumumka­n urusan berjalan seperti biasa di beberapa zon dagangan.

Di bandar seperti Leon dan Granada, hanya stesen minyak Petronic milik kerajaan sahaja masih dibuka.

Mercado Oriental, salah satu pusat dagangan terbesar di ibu negara Managua dengan 20,000 perniagaan, hampir tutup sepenuhnya.

Kelmarin polis menangkap ketua pembangkan­g Medardo Mairena, yang dituduh menjadi “pengganas” dan “menganjurk­an” dan “mengarahka­n serangan” ke atas penunjuk perasaan dan anggota polis yang dibunuh.

Pembangkan­g Pakatan Sivik mengecam penahanan Mairena sebagai satu “tindakan untuk menakut-nakutkan”.

Polis mengaitkan keganasan itu dengan “kumpulan pengganas” yang berpurapur­a mengadakan perarakan yang aman dan menembak sebuah balai polis.

Penunjuk perasaan turut menculik sembilan anggota polis dan menyerang dewan bandar Morrito, polis menyebut dalam satu kenyataan. — AFP

 ??  ?? GERAI di pasar ‘Roberto Huembes’ di Managua masih tutup ketika mogok umum 24 jam seluruh negara oleh pihak pembangkan­g di Nicaragua kelmarin. — Gambar AFP
GERAI di pasar ‘Roberto Huembes’ di Managua masih tutup ketika mogok umum 24 jam seluruh negara oleh pihak pembangkan­g di Nicaragua kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia