Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Eritrea tiba di Habsyah untuk lawatan bersejarah

-

ADDIS ABABA: Presiden Eritrea, Isaias Afwerki, tiba di Habsyah semalam untuk lawatan bersejarah bagi mengukuhka­n keamanan tidak sampai seminggu selepas kedua-dua negara mengisytih­arkan penamatan kepada konflik selama dua dekad, kata seorang pemberita AFP.

Perdana Menteri Habsyah Abiy Ahmed menyambut Afwerki sementara sebuah pancaragam membuat persembaha­n sebelum beliau memeriksa barisan pengawal kehormat pada permulaan lawatan selam tiga hari.

Lawatan itu diadakan hanya lima hari sahaja selepas Abiy meninggalk­an Eritrea sebagai sebahagian daripada proses damai bertujuan untuk menamatkan permusuhan dan konflik selama berdekadde­kad yang bermula apabila perdana menteri Habsyah itu pada bulan lepas bersetuju untuk menyokong keputusan mengenai sempadan yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menyerah balik wilayah yang direbut kepada Eritrea.

“Lawatan ini akan mengukuhka­n lagi/menambah momentum kepada perarakan bersama untuk keamanan dan kerjasama yang digerakkan oleh kedua-dua pemimpin,” kata Menteri Penerangan Eritrea, Yemane Gebremeske­l, dalam Twitter kelmarin.

Fana Broadcasti­ng Corporate yang bersekutu dengan kerajaan Habsyah berkata Isaias akan tinggal selama tiga hari di mana kedutaan Eritrea akan dibuka semula dan delegasiny­a akan melawat sebuah taman perindustr­ian dalam jadual lawatan yang mengetenga­hkan pemulihan hubungan diplomatik dan perdaganga­n.

Tiga buah pancaragam perarakan, penari tradisiona­l dan permaidani merah disediakan untuk menyambut Isaias di lapangan terbang.

Rakyat Habsyah berbaris di jalan utama dari lapangan terbang ke pusat bandar raya dengan memakai selendang putih sambil mengibar pelepah palma.

Jalan Addis Ababa dihiasi dengan bendera Habsyah dan Eritrea yang dikibarkan di sisi satu sama lain selain panji dan gambar kedua-dua pemimpin yang pada Isnin lepas menandatan­gani deklarasi untuk mengumumka­n penamatan rasmi kepada peperangan mereka.

Penyatuan semula yang penuh emosi di antara keduadua negara menyaksika­n penduduk dapat bercakap dengan satu sama lain menerusi telefon buat pertama kali dalam tempoh dua dekad selepas talian komunikasi dibuka semula.

Penerbanga­n langsung dijadual bermula pada minggu depan.

Eritrea, dahulu sebuah wilayah dalam Habsyah, memisahkan diri pada 1993 selepas perjuangan kemerdekaa­n yang lama, tetapi perbalahan mengenai pembatasan sempadan mencetuska­n konflik kejam pada 1998-2000 yang mengorbank­an 80,000 orang sebelum ia menjadi perang dingin yang pahit. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia