Utusan Borneo (Sabah)

China tahan suspek selepas letupan di kilang kimia

-

BEIJING: Pihak berkuasa telah menahan “beberapa” suspek selepas letupan berlaku di sebuah kilang kimia di barat daya China dan mengorbank­an 19 orang selain mencederak­an 12 lagi, kata media kerajaan.

Letupan itu berlaku pada jam 6.30 petang waktu tempatan Khamis lepas di sebuah taman perindustr­ian di kota Yibin dalam wilayah Sichuan, menurut kenyataan dalam laman sesawang pentadbira­n keselamata­n kerja tempatan.

Gambar dalam sebuah laman sesawang berita tempatan menunjukka­n apa yang dipercayai kerangka bangunan yang terbakar dan dikeliling­i runtuhan.

Bangunan itu dimiliki pengilang kimia Hengda, yang “menjalanka­n pembinaan yang menyalahi undangunda­ng di kilang itu yang tidak melepasi pemeriksaa­n keselamata­n dan kawalan kebakaran”, kata agensi berita rasmi Xinhua lewat kelmarin sambil memetik pihak berkuasa tempatan.

Kementeria­n Pengurusan Kecemasan sudah menghantar sebuah pasukan untuk melakukan siasatan lanjut ke atas punca letupan, tambah agensi itu.

China telah digegarkan oleh beberapa kemalangan perindustr­ian sejak beberapa tahun lalu.

Satu letupan tangki septik pada November lepas memusnahka­n kawasan yang luas di sebuah kawasan perindustr­ian ringan di Ningbo, tidak jauh ke selatan Shanghai.

Pada 2015, letupan kimia gergasi di sebuah kemudahan penyimpana­n kontena mengorbank­an sekurang kurangnya 165 orang di kota pelabuhan utara Tianjin.

Letupan itu menyebabka­n kerugian melebihi AS$1 bilion (RM3.7 bilion) dan mencetuska­n kemarahan yang berleluasa mengenai ketidaktel­usan terhadap punca kemalangan itu dan impaknya ke atas alam sekitar.

Satu inkuiri kerajaan seterusnya mengesyork­an agar 123 orang dihukum.

Datuk bandar Tianjin pada waktu kemalangan itu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun kerana rasuah pada September lalu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia