Utusan Borneo (Sabah)

Kemuliaan raya dikongsi bersama

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pangsapuri Tanjung Aru meriah

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

LEBIH 300 penduduk Pangsapuri Tanjung Aru hadir bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di gelanggang bola keranjang perumahan itu pada malam Sabtu. Program anjuran Jawatankua­sa Surau AlMukminin Pangsapuri Tanjung Aru bersama Kelab Ummie dan Kelab Belia Pangsapuri Tanjung Aru.

Sebelum acara bermula pada malamnya, persiapan secara bergotong royong telah dilakukan oleh ketigatiga jawatankua­sa.

Seminggu sebalum acara, mesyuarat telah diadakan di Surau Al Mukminin yang dipengerus­ikan oleh Latif Uji selaku Pengerusi Surau bertindak Pengerusi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Perbincang­an berkisar kepada pencarian dana selain menyusun atur tugas jawatankua­sa sambutan, menu yang akan disajikan dan juga susunan aturcara program demi memastikan majlis yang akan dianjurkan akan berjalan dengan lancar dan berjaya.

Bendahari Jawatankua­sa Surau Al-Mukminin Abdul Rahman Abdul Samad berkata, memang sudah menjadi budaya di kawasan perumahan ini, apa sahaja sambutan yang diadakan akan dilakukan dengan bergotong royong.

“Dengan cara begini, akan merapat dan lebih memesrakan lagi tali silaturahi­m kalangan penduduk di kawasan Pangsapuri Tanjung Aru ini, di mana keseluruha­n penghuni di perumahan ini adalah warga tempatan daripada pelbagai bangsa dan agama,” katanya.

Dalam menyediaka­n sajian untuk sambutan raya pada tahun ini, pastinya orang

Uji (dari kanan) bersama Awang Husaini, Abdul Rahman dan Wagiman Seno di majlis itu.

yang paling sibuk adalah barisan Kelab Ummie yang diketuai oleh Dewi Yana Awang.

Menurut Dewi, pada tahun ini Kelab Ummie menyediaka­n hidangan lauk pauk antaranya ayam rendang, ayam goreng berempah dan kari daging bersama nasi dan acar mentah di samping buah tembikai sebagai pencuci mulut.

“Bersesuaia­n dengan sambutan raya, pelbagai jenis kuih raya, kek, tapai manis dan kelupis juga disajikan kepada hadirin,” kata Dewi.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pangsapuri Tanjung Aru pada kali ini dibuat dalam skala besar sedikit jika dibandingk­an sambutan yang diadakan pada tahun-tahun sebelumnya di mana empat buah khemah telah dididirika­n untuk keselesaan para tetamu yang hadir.

Majlis yang bermula sekitar jam 8.00 malam itu telah dihadiri oleh Ahli Parlimen P.173 Putatan Awang Husaini Datuk

AHLI-ahli Kelab Ummie gotong royong memasak sajian untuk program itu.

Sahari, Ketua Parti Anak Negeri P.173 Putatan Roger Chong Wei Leung dan isteri, Bendahari DAP Negeri Sabah Ronnie Loh, Ketua Balai Polis Tg. Aru Wagiman Seno, wakil presiden Pertubuhan Kebajikan dan Pembanguna­n Masyarakat Anak Sabah (M.A.S) Efendy Abdul Ghani, Ketua Pegawai Perhubunga­n PKR Ronald Belimbin, WKAN Matsah Sahat dan Imam Kariah Tg. Aru Imam Rendra Ahmad.

Awang Husaini dalam ucapan ringkasnya mengucapka­n ribuan terima kasih kepada jawatankua­sa penganjur yang telah sudi menjemputn­ya ke majlis yang gilang gemilang berkenaan.

Beliau memuji barisan jawatankua­sa sambutan yang berjaya menganjurk­an majlis itu dan berharap program sebegini akan merapatkan lagi hubungan tali silaturahi­m kalangan penduduk di Pangsapuri Tg. Aru ini.

Katanya, program seumpama ini juga mampu mendekatka­n antara para pemimpin dan rakyat di mana pemimpin berkesempa­tan mendengar denyut nadi rakyat.

Di majlis itu, Awang Husaini turut mengumumka­n pemberian sebuah alat penghawa dingin untuk Tadika Kemas Pangsapuri Tanjung Aru.

Sebelum itu, pengerusi penganjur Latif Uji dalam ucapan alu-aluannya merakamkan terima kasih di atas kehadiran Awang Husaini dan tetamu khas yang lain ke majlis itu.

Katanya, sambutan keraian umat Islam ini juga turut diraikan oleh masyarakat bukan Islam di sekitar perumahan ini yang melambangk­an betapa terbuka dan hermoninya rakyat di negara ini khasnya penduduk Pangsapuri Tg. Aru.

Pada majlis itu beliau turut memohon pembinaan bumbung di gelanggang bola keranjang perumahan itu kepada Ahli Parlimen Putatan, yang akan memberikan keselesaan kepada belia menggunaka­n kemudahan berkenaan daripada panas dan hujan selain boleh dimanfaatk­an untuk penganjura­n pelbagai acara keraian.

Beliau merakamkan terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang yang turut melancarka­n sambutan itu antaranya; Ahli Parlimen P.173 Putatan Awang Husaini Datuk Sahari, YB Junz Wong, pihak M.A.S yang menyumbang­kan beras, Rupiah Cake, Kak Min Cafe & Catering, Ketua Parti Anak Negeri P.173 Putatan Roger Chong Wei Leung, Bendahari DAP Negeri Sabah Ronnie Loh, ahli-ahli Kelab Ummie, ahli Kelab Belia, Jawatankua­sa Surau Al-Mukminin dan semua penyumbang yang enggan disebutkan namanya.

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri itu turut diserikan lagi dengan pelbagai acara antaranya penyampaia­n sijil, penyampaia­n sumbangan kepada asnaf, persembaha­n lagu raya oleh ahli Kelab Ummie, persembaha­n karaoke dan cabutan tiket bertuah dan persembaha­n bunga api oleh Kelab Belia Pangsapuri Tanjung Aru.

 ??  ?? LATIF
LATIF
 ??  ?? PERSEMBAHA­N majlis. lagu raya oleh ahli-ahli Kelab Belia Pangsapuri Tg. Aru menyerikan
PERSEMBAHA­N majlis. lagu raya oleh ahli-ahli Kelab Belia Pangsapuri Tg. Aru menyerikan
 ??  ??
 ??  ?? ABDUL Rahman (dari kiri) bersama Latif Uji, Awang Husaini, wakil M.A.S Efendy Abdul Ghani dan Nur Ain Bendahari Kelab Ummie bersedia menyampaik­an sumbangan beras dan duit raya kepada asnaf.
ABDUL Rahman (dari kiri) bersama Latif Uji, Awang Husaini, wakil M.A.S Efendy Abdul Ghani dan Nur Ain Bendahari Kelab Ummie bersedia menyampaik­an sumbangan beras dan duit raya kepada asnaf.
 ??  ?? BARISAN Kelab Ummie berhias cantik untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada malam itu.
BARISAN Kelab Ummie berhias cantik untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada malam itu.
 ??  ?? AWANG Husaini(duakiri)menyampaik­ansijilkep­adaKakMinp­emilik Kak Min Cafe & Catering.
AWANG Husaini(duakiri)menyampaik­ansijilkep­adaKakMinp­emilik Kak Min Cafe & Catering.
 ??  ?? KETUA Balai Polis Tg. Aru Wagiman Seno (kiri) menyampaik­anhamperke­padapengun­jung bertuah.
KETUA Balai Polis Tg. Aru Wagiman Seno (kiri) menyampaik­anhamperke­padapengun­jung bertuah.
 ??  ?? ANTARA ahli-ahli Ummie merakamkan album sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri itu.
ANTARA ahli-ahli Ummie merakamkan album sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri itu.
 ??  ?? AHLI-ahli Kelab Ummie gotong royong memotong sayur dan daging.
AHLI-ahli Kelab Ummie gotong royong memotong sayur dan daging.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli-ahli Kelab Ummie berehat dan santai di Kak Min Cafe & Catering selepas bergotong royong.
SEBAHAGIAN ahli-ahli Kelab Ummie berehat dan santai di Kak Min Cafe & Catering selepas bergotong royong.
 ??  ?? DEWI bersama Agustina antara yang turut bekerja keras menjayakan majlis.
DEWI bersama Agustina antara yang turut bekerja keras menjayakan majlis.
 ??  ?? AWANG Husaini bersama-sama dengan ahli-ahli Kelab Ummie menyanyika­n lagu raya di majlis itu.
AWANG Husaini bersama-sama dengan ahli-ahli Kelab Ummie menyanyika­n lagu raya di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia