Utusan Borneo (Sabah)

Sabah bermain lebih baik: Jelius

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sabah bermain lebih baik untuk pulang dengan tiga mata hasil kemenangan 2-1 ke atas pasukan tercorot, Terengganu FC II (TFC II) pada saingan Liga Premier di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu, Jumaat lalu.

“Pasukan menunjukka­n peningkata­n terutama dari segi keyakinan menguasai bola yang menjadi salah satu kekuatan kita pada awal musim tetapi hilang pada penghujung pusingan pertama.

“Secara keseluruha­nnya saya gembira dan berpuas hati dengan persembaha­n pasukan terutama dalam keadaan tanpa beberapa pemain utama dan bertarung di gelanggang lawan,” kata ketua jurulatih, Jelius Ating ketika dihubungi pada Sabtu.

Terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, Sabah memecahkan kebuntuan seminit selepas babak kedua bersambung hasil tandukan Hector Omar Ramos Lebron (Pito) terhadap hantaran lintang Sabri Sahar.

Sabah kemudianny­a mengukuhka­n kedudukan dengan gol kedua jaringan Rodoljub Paunovic yang menolak masuk bola tampanan penjaga gol tuan rumah, Mohd Suhaimi Husin terhadap percubaan Pito sebelumnya pada minit ke-89.

“Selepas mendahului 2-0 dan hanya menanti wisel penamat, pemain nampak selesa dan sedikit kelekaan menyebabka­n gawang kita bolos (jaringan Mohd Izham Tarmizi) pada masa kecederaan.

“Kami sebenarnya turut memberi tumpuan terhadap masalah gawang dibolosi ini dalam latihan dan nampaknya ia perlu terus diberi perhatian kerana banyak gol yang membolosi gawang kita musim ini berpunca daripada kesilapan kita sendiri,” kata Jelius.

Sambil itu, Jelius memuji persembaha­n beberapa pemain muda seperti Evan Wensley Wenceslaus (pertahanan), Dendy Lowa (pertahanan) dan Hamran Peter (penyerang) yang bermula sebagai kesebelasa­n utama ekoran ketiadaan beberapa pemain utama.

Pada perlawanan itu, Sabah tanpa dua tonggak pertahanan iaitu Mafry Balang dan Jenius Karib serta pemain tengah import, Keisuke Ogawa yang belum pulih daripada kecederaan.

Jelius juga gembira dengan gandingan Pito dan Paunovic mengemudi jentera serangan. “Pito juga menjaringk­an gol lima perlawanan berturut-turut untuk keseluruha­n 11 gol dalam saingan liga setakat ini.

“Mungkin kebangkita­n semula ini sudah agak terlewat terutama untuk memburu tempat ke Liga Super tetapi peningkata­n prestasi dalam setiap perlawanan ini tetap penting. Kita juga masih ada tiga baki perlawanan penting yang bakal menentukan nasib ke saingan Piala Malaysia,” kata Jelius.

Kemenangan ke atas TFC II menyaksika­n Sabah naik satu anak tangga di kedudukan keempat dengan 24 mata sekaligus mengukuhka­n kedudukan ke saingan Piala Malaysia yang diperuntuk­kan kepada lima pasukan teratas.

Tempat ke Liga Super pula diperuntuk­kan kepada dua pasukan teratas dan salah satu daripadany­a sudah dimiliki pendahulu carta, Felda United FC yang telah mengumpul 38 mata.

Satu tempat lagi hampir pasti menjadi milik penghuni tangga kedua, Felcra FC yang telah mengumpul 31 mata untuk hanya perlukan tambahan tiga mata dari baki tiga perlawanan bagi mengesahka­nnya.

Sabah akan meneruskan cabaran menentang Pulau Pinang di Stadium Likas pada 18 Julai.

 ??  ?? JELIUS
JELIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia