Utusan Borneo (Sabah)

Piala Dunia milik siapa?

Skuad berbakat Perancis buru kejuaraan kedua Croatia diketuai Modric tekad lakar sejarah baharu

-

MOSCOW, Rusia: Satu bulan dan 63 perlawanan berlalu, Piala Dunia 2018 sampai ke kemuncak hari ini ketika skuad muda Perancis yang diketuai Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann memburu kejuaraan dunia buat kali kedua untuk Perancis apabila menentang Croatia di final di sini.

Ia adalah final yang tidak ramai jangkakan sebelum kejohanan bermula.

Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar sudah pulang awal bersamasam­a pasukan kuat tradisi bola sepak antarabang­sa – Argentina, Brazil dan Jerman.

Sebaliknya, pasukan berbakat Perancis dengan skuad kedua paling muda pada kejohanan ini, diketuai penyerang pantas Mbappe, akan berdepan skuad berbakat Croatia diketuai bintang tengahnya, Luka Modric, salah seorang pemain tengah terbaik dunia ketika ini.

Mungkin ramai peminat berkecuali berasa kecewa kerana final tidak mempertemu­kan dua gergasi bola sepak dunia, atau tiada pasukan dari Amerika Selatan.

Ia adalah kali kedua di mana tiada pasukan seperti Brazil, Jerman, Itali atau Argentina ke final, selepas Sepanyol menewaskan Belanda pada 2010.

Tetapi ia masih final Piala Dunia tidak kira siapa yang mengesahka­n tempat dan bagi Perancis, ada kemungkina­n mereka menyertai Argentina dan Uruguay sebagai pemenang dua kali Piala Dunia selepas memenangin­ya buat kali pertama pada 1998.

Ketika itu, Didier Deschamps (gambar bawah)

– jurulatih semasa Perancis

– memenangin­ya sebagai kapten Perancis dan beliau boleh menjadi orang ketiga memenangi trofi Piala

Croatia diketuai Modric (kiri) menjalani latihan terakhir menjelang pertemuan final Piala Dunia 2018 berdepan Perancis di Moscow malam ini.

Dunia sebagai pemain dan jurulatih selepas Mario Zagallo dan Franz Beckenbaue­r.

“Final Piala Dunia, ia seperti impian masa kecil menjadi kenyataan,” kata pemain tengah Perancis, Blaise Matuidi.

“Kami begitu hampir kepada (kejuaraan) trofi di mana kami mahu menyentuhn­ya. Ini adalah perlawanan paling penting dalam kehidupan kami.”

Tewas kepada Itali menerusi penentuan sepakan penalti kepada Itali pada 2006, keazaman Perancis untuk memburu satu lagi kejuaraan antarabang­sa berkecai apabila tewas kepada Portugal di final Euro 2016.

“Ia satu pengajaran, dan ia bermakna kami tahu bagaimana untuk bermain di final,” kata Matuidi.

Separuh daripada pasukan Perancis ketika itu adalah berbeza kali

- Gambar REUTERS ini, dengan Mbappe mencuri perhatian. Prestasi hebat beliau meledak apabila membantu Perancis menewaskan Argentina 4-3 di pusingan kedua di mana beliau menjaringk­an dua gol tetapi selain dari itu, Perancis bermain seperti skuad era Deschamps, dengan penekanan di bahagian pertahanan.

Skuad dengan jolokan ‘Les Bleus’ melepasi pusingan pertama dengan menewaskan Australia dan Peru dengan gol yang banyak dan seri tanpa jaringan dengan Denmark adalah satu-satu keputusan seri di Piala Dunia 2018.

Mereka terbukti terlalu kuat untuk Argentina, Uruguay dan Belgium dan selayaknya pasukan pilihan di final, yang mirip perlawanan separuh akhir Piala Dunia 1998.

Ketika itu, dua gol Lilian Thuram menewaskan pasukan Croatia yang bermain di Piala Dunia buat kali pertama sebagai negara merdeka. Dua puluh tahun kemudian, Croatia mencipta sejarah mereka sendiri dan dengan penduduk hanya lebih empat juga orang, mereka adalah negara paling kecil yang melangkah ke final sejak Uruguay pada 1950.

Selepas menang kesemua tiga perlawanan pusingan pertama, mudah menewaskan Argentina, mereka menewaskan Denmark dan Rusia menerusi penentuan sepakan penalti dan menewaskan England dalam masa tambahan di separuh akhir.

Ia adalah perlawanan yang sukar dan meletihkan buah anak buah Zlatko Dalic dan mereka kini harus melakukann­ya buat kali terakhir.

“Kami mengambil laluan yang berbeza, mungkin kami akan menjadi pasukan tunggal di

Piala Dunia yang bermain lapan perlawanan untuk melangkah ke final, jika anda mengira jumlah keseluruha­n (minit) kami dalam padang,” akui Dalic.

“Ia satu peluang sekali seumur hidup. Ia adalah sukar untuk kami tetapi saya pasti kami akan mencari kekuatan dan motivasi.”

Stadium Luzhniki, berhampira­n Sungai Moscow, akan menjadi tempat untuk perlawanan kemuncak ini tetapi sambutan perayaan terbesar pastinya di jalanjalan di negara yang akan menang.

Dan penduduk Croatia berasa yakin kebanyakan peminat bola sepak dunia akan menyokong mereka. “Saya merasakan ada ratusan juta orang akan menyokong kami Ahad ini,” kata pemain tengah Croatia, Ivan Rakitic. – AFP

“Mungkin ramai peminat berkecuali berasa kecewa kerana final tidak mempertemu­kan dua gergasi bola sepak dunia, atau tiada pasukan dari Amerika Selatan. Ia adalah kali kedua di mana tiada pasukan seperti Brazil, Jerman, Itali atau Argentina ke final, selepas Sepanyol menewaskan Belanda ” pada 2010.

 ??  ?? PASUKAN
PASUKAN
 ??  ?? MBAPPE
MBAPPE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia