Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan sukan digesa pergiatkan promosi

- Oleh VITALIS G .BINGKASAN

KOTA KINABALU: Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Frankie Poon Ming Fung menggesa persatuan sukan negeri ini mempergiat­kan promosi sukan masing-masing bagi menarik penyertaan lebih ramai generasi muda.

Beliau berkata, perkara itu penting kerana sukan adalah antara yang paling mudah menarik penyertaan generasi muda.

Katanya, penyertaan dalam sukan memberi banyak manfaat terutama dari segi kesihatan dan sahsiah diri.

“Untuk pengetahua­n anda, selain sukan, kementeria­n saya juga berusaha memperting­katkan pembanguna­n generasi muda dan tidak dinafikan bahawa sukan adalah salah satu medan terbaik generasi muda membina karakter, keyakinan dan kerja berpasukan.

“Ini sekaligus menhindark­an mereka dari terlibat dengan gejala tidak sihat yan semakin berleluasa di zaman moden ini,” katanya.

Frankie berkata demikian semasa merasmikan Pertanding­an Brazilian Luta Livre Terbuka Asia 2018 di Palm Square, Centre Point, di sini pada Sabtu.

Frankie berkata, Persatuan Brazilian Luta Livre Negeri Sabah adalah antara contoh terbaik di mana seni mempertaha­nkan diri berasal dari Brazil itu telah menarik ramai penyertaan sekaligus membolehka­nnya menganjurk­an pertanding­an walaupun baru setahun bertapak di negeri ini.

Lebih membanggak­an katanya, pertanding­an itu adalah yang pertama di Asia dan turut mendapat

pemenang salah satu acara bersama Frankie (tiga dari kanan) dan Terrance (dua dari kanan) semasa majlis penyampaia­n hadiah.

penyertaan daripada negara Singapura, Filipina dan Brunei.

“Inilah hebatnya sukan, ia mampu menghimpun­kan bersama semua orang tidak kira dari negara mana dan apa latar belakang, tidak kira bangsa dan warna kulit... inilah yang Malaysia, Sabah dan Kementeria­n Belia Dan Sukan Sabah (KBSS) raikan,” katanya.

Turut bersama pada majlis itu adalah Presiden Persatuan Brazilian Luta Livre Sabah, Barbara Gloria Barahim dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS), Terrance Pudin.

 ??  ?? PARA
PARA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia