Lantang dan berani perjuangan anak muda
Mukmin perjuang hak pendidikan, bela rakyat miskin tertindas
PENDIDIKAN terbaik datangnya dari jalanan. Kebanyakan mereka percaya bahawa tidak semua perkara mampu diajarkan di sekolah, namun kitalah yang harus mengisi kekosongan yang ada.
Mukmin Nantang, 24 tahun, berasal dari Tawau. Graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Kreatif major teater di Universiti Malaysia Sabah. Terkenal dengan keberanian dalam perjuangan beliau, Mukmin adalah pengasas Sekolah Jalanan Ikatan Anak Muda Tawau, penggerak Sekolah Linus Rumah Pangi Tuaran, dan mantan Presiden Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA) UMS.
Penglibatan beliau bukan sahaja di sekitar Sabah malahan berjaya menapak di beberapa negeri semenanjung Malaysia. Beliau aktif dalam penulisan dan pementasan teater. Baginya, ia menjadi satu medium perjuangan dalam menyebarkan mesej dan kritikan.
Karya-karya beliau memperjuangkan tentang pendidikan dan intelektual selain usaha memberi pendidikan kepada anakanak terpinggir, miskin dan tiada dokumen. Dalam masa yang sama beliau juga berusaha membangunkan wacana intelektual yang kritis dan kreatif dalam pembangunan institusi kenegaraan. Meskipun tidak mudah, namun kesungguhan dan kesabaran membuahkan hasil yang baik.
Dengan ilmu dan pengetahuan yang ada sebagai seorang graduan Seni Kreatif, beliau sangat mementingkan kesenian, kebudayaan dan kesusasteraan. Sesuai dengan ini beliau menghasilkan karya-karya sastera seperti novel, drama pentas, cerita pendek dan sebagainya.
Terkenal dengan kelantangan beliau teguh mempertahankan tanah adat, rumah atas air dan kebudayaan etnik sebagai tradisi Melayu. Seterusnya beliau juga mempertahankan kebajikan dan hak masyarakat dengan membela rakyat miskin yang tertindas. Beliau sedia menjadi jurucakap untuk masyarakat yang ditimpa musibah.
Suka saya memetik katakata dari buku beliau Suara Terpenjara, “semua orang mahukan perubahan yang lebih baik namun mana mungkin ada ibu bapa yang mahu anaknya jadi korban, mana ada guru mahu muridnya jadi korban dan mana ada kekasih yang mahu buah hatinya jadi korban!”
“Semua orang mahukan perubahan yang lebih baik namun mana mungkin ada ibu bapa yang mahu anaknya jadi korban, mana ada guru mahu muridnya jadi korban dan mana ada kekasih yang mahu buah hatinya jadi ” korban. MUKMIN NANTANG Aktivis
Namun, beliau sanggup berkorban meninggalkan kampung halaman dan keluarga untuk meneruskan impian beliau. Baginya, tiada pengorbanan maka tidaklah kita menikmati indahnya kemerdekaan.
Dengan kerjasama Teach For The Needs (TFTN), beliau kini menjadi salah seorang tenaga pengajar untuk projek TFTN. Mereka membangunkan projek pendidikan Semporna. Awal penglibatan beliau hanya menjadi sukarelawan kerana masih bergelar mahasiswa dan sedang membangunkan projek Kolektif Seni Borneo Komrad di Kota Kinabalu.
Pada bulan Mei 2018 beliau mula bekerja sepenuh masa membangunkan dan membuka tapak baru untuk Sekolah TFTN Semporna. Gerakan TFTN ini tidak mementingkan sebarang keuntungan menjalankan sekolah ini secara percuma kepada kanak-kanak yang memerlukan.
Bukan senang untuk meninggalkan masa muda demi impian, namun dengan tekad dan kesungguhan untuk menjadi sebahagian daripada anak muda yang berjasa kepada bangsa. Besarlah harapan beliau untuk sekolah TFTN Semporna agar ia terus membangun dan mampu melahirkan ramai anak bangsa yang berkualiti yang akhirnya nanti akan membangun tanah air ini.
“Saya juga mengharapkan dipemerintahan yang baru ini tidak lagi mengabaikan anak-anak yang tercicir dalam pendidikan tanpa mengira kerakyatan. Kita berdiri atas persaudaraan kemanusiaan.”
Mukmin juga menyatakan
SESI
perancangannya di masa akan datang untuk membuka lebih banyak sekolah alternatif di kampung-kampung kecil dan terpinggir. Atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan, semoga apa yang direncanakan akan terwujud satu masa nanti.