Utusan Borneo (Sabah)

Puisi Minggu Ini

-

PENJUAL BURGER

Tamat tugasan di pejabat menjelang petang kupulang bermula kuali dijerang menjual kepingan daging kisar sudah dibubuh rempah digoreng dipanggang bersama roti dipanaskan lebih mesra disebut burger

semarak semangat di hati gigih meraih rezeki tambahan buat keluarga dikasihi sudah ketentuan kehidupan bersama sepakat susuri perjalanan seiringan zaman bergeluman­g cabaran harga barangan alami kenaikan

tubuh badan dirasai keletihan tetap digagahi ceburi perniagaan adik dan abang marilah ke sini sudilah membeli burger ini di setiap lintasan hati berbisikan bersama nikmati serlahan keenakan

waktu berinsut ke larut malam diminda mula buat perkiraan rezeki yang akan diperolehi seperti teka-teki di pengakhira­n

hanya mengganda usaha tiada mudah berputus asa sentiasa berbaik sangka mensyukuri anugerah-Nya.

Noor Izam

TUKANG CUCI

Kerjayaku tukang cuci meja dilap nampak berseri lantai dimop silih ganti meja kerusi disusun rapi alatan disembur pewangi sisa disapu kotoran dihindari pasu bunga diatur cantik berseni parit dicucur air tiada melimpah lagi.

Biarpun aku tukang cuci dirasai kurang serba serbi tiada merasai berkecil hati walau ada memerhati memerli kudrat mengalir di hujung jemari semangat erat dilangkaha­n kahi

masih berterusan menaruh harapan agar kebersihan menjadi keutamaan tiada lagi bersepahan sisa buangan dimasukkan ke tempat disediakan sentiasa di ingatan itu kewajipan

bersulam doa di lipatan hati kebersihan ajaran agama sejak azali sepanjang kehidupan segera di transforma­si menjadi amalan mulia terpuji.

Noor Izam

PEMANDU

Doa naik kenderaaan amalan perlu sejak awal setia menunggu bermula tugasan tepat waktu beradab sopan baik perilaku mudah membantu senyum selalu

hindari sikap terburu-buru agar tenang hati berpadu usah mudah diamuk keliru di antara tuntutan nafsu tumpuan semasa memandu sikap berhemah pastikan keselamata­n penumpang nombor satu bersedia ke destinasi dituju

di perjalanan zikir selawat bersatu masuk waktu solat tunaikan dulu iringan irama merdu bermesej dialu sinar keinsafan di hati bertamu jauh berjalan luas pemandanga­n bercambah ilmu memanjat doa mendapat restu di ingatan keluarga kasih selalu.

Noor Izam

PIALA DUNIA BOLA

Angin meniup sejuk hujan bersama gegak-gempita suara menyapa kasar deria aku tak endah kubiar asap menjelajah di segenap dalam tubuh tidak sasa begitu juga mereka mereka juga tidak kisah seperti tiang-tiang lampu ditimpa hujan.

Awan malam kembali ceria suasana semakin meriah.

Along Minor

2 Julai 2018, Likas

KISAH DI KERTAS ITU

Kisah bersatu dengan kertas hanya hati merasa bertandang suara tadi telinga turut sama merasa hati seakan tidak percaya kerana hati percaya apabila hanya hati merasa kisahnya rekaan semata-mata apabila telinga turut sama merasa kepercayaa­n hati tadi jadi punah.

Kisah yang enak dijamu kepada hati dan telinga liku-liku, itu biasa.

Along Minor Likas

SEBUAH PUISI LAMA

Tidak pernah berhabuk masa tidak biar habuk membalut sawang-sawang datang mengamuk kemudian jadi terpujuk masa tidak buatnya dimamah kedut kulitnya sentiasa anjal sentiasa segar beri harum di taman-taman untuk berkurun.

Along Minor Likas

ALONG MINOR atau nama sebenar beliau Mohd Saifuddin Mohd Tahir dilahirkan pada 31 Mei 1995 di daerah Paitan, Beluran. Beliau masih baru dalam dunia penulisan. Beliau baru berkecimpu­ng dalam dunia penulisan setelah beliau menginjakk­an kaki ke universiti pada tahun 2016. Namun semua itu tidak menjadi alasan untuk beliau menghasilk­an karya seperti cerpen dan puisi. Semoga, beliau akan istiqamah dalam dunia penulisan dan menghasilk­an karya-karya yang berkualiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia