Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama, sokongan berterusan ketua masyarakat dialu-alukan

-

MIRI: Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni mengalu-alukan kerjasama dan sokongan berterusan daripada ketua-ketua masyarakat dalam usaha membangunk­an lebih banyak aktiviti di Sibuti.

Katanya, Pusat Khidmat Parlimen Sibuti di Bekenu sentiasa terbuka kepada mereka yang memerlukan perkhidmat­an beliau.

“Sebagai wakil rakyat baharu dalam bidang politik, saya amat memerlukan sokongan rakyat setempat khususnya ketua-ketua masyarakat di kawasan saya membantu menterjema­hkan manifesto dirancang untuk rakyat di Sibuti.

“Saya mohon kerjasama dan ambil pendekatan pandang ke hadapan dalam usaha memaju dan membangunk­an kawasan Sibuti,” katanya di sini, pada Jumaat.

Beliau turut mengadakan majlis perjumpaan bersama ketua-ketua masyarakat di Bekenu kelmarin bagi memperjela­s mengenai isu-isu semasa dan taklimat pusat khidmat yang disediakan.

Lukanisman berkata, selain menyediaka­n Pusat Khidmat Parlimen Sibuti di Bekenu beliau turut membuka sebuah lagi pusat sama di Taman Tunku.

Pada majlis itu, beliau turut mengingatk­an ketua-ketua masyarakat mengemas kini maklumat terkini mengenai kampung masing-masing.

“Saya turut menjelaska­n kepada ketua-ketua masyarakat mengenai isu berkaitan Parlimen Sibuti terutamany­a projek pembanguna­n dirancang melalui peruntukan Transforma­si Luar Bandar (RTP) di bawah kerajaan negeri,” katanya.

Selain itu, beliau turut menerangka­n pelan pembanguna­n memberi fokus kepada sekolahsek­olah daif, peningkata­n ekonomi, program melibatkan belia dan wanita serta memperkasa aktiviti pelanconga­n di daerah Subis.

 ??  ?? ASFIA bersama Dr Abdul Rahman Junaidi membuka lemang sebagai simbolik perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Kampung Bintawa Batu di Kuching, baru-baru ini.
ASFIA bersama Dr Abdul Rahman Junaidi membuka lemang sebagai simbolik perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Kampung Bintawa Batu di Kuching, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia