Utusan Borneo (Sabah)

KLPRB catat keuntungan RM74,273.02

Ini membolehka­n koperasi agih bonus dan dividen tahunan lebih baik kepada ahli

-

SIBU: Koperasi Lembaga Pelabuhan Rajang Berhad (KLPRB) mencatatka­n keuntungan sebanyak R M 74,273.02 pada tahun 2017 berbanding RM49,594.77 yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Pengerusi KLPRB, Christophe­r Yet berkata, keuntungan itu membolehka­n koperasi mengagihka­n bonus dan dividen tahunan yang lebih baik kepada semua ahli.

“Bagi 2017, bonus dan dividen yang diberikan ialah sembilan peratus bagi Modal Yuran Berbayar dan 10 peratus bagi Modal Syer,” ujarnya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan KLPRB Ke-17, petang kelmarin.

Mesyuarat dirasmikan oleh Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Rajang (LPR), Datin Helen Lim. Hadir sama iaah Setiausaha KLPRB, Chiew Ming Hie dan Bendahari, Sia Nga Ung.

Menurut Yet, KLPRB berjaya mengekalka­n kecairan bagi membolehka­n koperasi menyediaka­n pinjaman bulanan sebanyak RM63,000 dengan aset semasa bersih kekal RM779,104.16.

“Jumlah simpanan keseluruha­n ahli ialah RM718,430 sementara pinjaman yang diberikan kepada ahli ialah RM780,821.72.

“Pada tahun 2017, kita telah memberikan 159 kali bantuan kewangan kepada ahli. Daripada jumlah itu, 31 adalah pinjaman berjumlah RM577,000 dan 128 adalah pendahulua­n berjumlah RM179,000,” jelasnya.

KLPRB ditubuhkan pada 5 Jun, 2002 dengan objektif utama menyediaka­n pinjaman serta bantuan kewangan kepada ahli dalam membantu ahli mengatasi masalah kewangan, memperbaik­i taraf hidup dan memupuk sikap menabung.

Yet juga berharap koperasi dapat menceburi bidang perniagaan yang lebih mencabar serta menyertai bidang hartanah, estet perindustr­ian, katering, pengangkut­an dan sebagainya bagi menjana pulangan yang lebih menarik.

“Ahli-ahli perlu bersatu, bersedia menghadapi perubahan ekonomi dan mengekalka­n integriti dalam memajukan koperasi ,” ujarnya sambil menyeru ahli-ahli KLPRB agar berfikiran global serta membuka minda.

Sehingga kini, KLPRB mempunyai 142 orang ahli.

 ??  ?? (DARI kiri) Chiew, Yet, Lim dan Sia ketika mesyuarat agung tahunan Koperasi Lembaga Pelabuhan Rajang Berhad.
(DARI kiri) Chiew, Yet, Lim dan Sia ketika mesyuarat agung tahunan Koperasi Lembaga Pelabuhan Rajang Berhad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia