Utusan Borneo (Sabah)

Fortis lihat landasan pertumbuha­n yang jelas selepas terima pelaburan IHH

-

NEW DELHI: Syarikat India, Fortis Healthcare Limited (Fortis), melihat ruang untuk bangkit semula dan mencatatka­n pertumbuha­n selepas menerima tawaran pengambila­lihan daripada syarikat Malaysia, IHH Healthcare Bhd (IHH).

Fortis, yang menghadapi masalah kewangan, mengumumka­n pada Jumaat bahawa, ia sudah menerima cadangan pelaburan berjumlah 40 billion rupee (RM2.35 billion) daripada IHH untuk kira-kira 31 peratus ekuiti dalam Fortis.

“Jelas, kami meletakkan Fortis pada landasan untuk bertahan serta pertumbuha­n selain kemakmuran (melalui kerjasama dengan IHH),” kata Pengerusi Fortis, Ravi Rajagopal, kepada pemberita menerusi satu telesidang.

Syarikat Malaysia itu memenangi bidaan yang turut disertai bersama kumpulan dari India, Manipal Health Enterprise­s dan firma ekuiti awam Amerika Syarikat, TPG Capital, yang mengakhiri episod selama sebulan berhubung pegangan ke atas Fortis, yang menjalanka­n operasi 30 hospital di India.

Rajagopal dan Ketua Pegawai Eksekutif Fortis, Bhavdeep Singh, berkata IHH muncul sebagai “pemenang” kerana kualiti cadanganny­a dan strukturny­a yang mudah.

Bhavdeep berkata, Fortis berharap untuk mengembali­kan semula syarikat itu melalui pelan perniagaan baharu dan akan memanfaatk­an kepakaran dan sumber IHH dalam sektor penjagaan kesihatan.

IHH akan melabur 40 bilion rupee ke atas Fortis melalui peruntukan keutamaan pada harga sesaham sebanyak 170 rupee, mewakili premium kira-kira 20 peratus daripada harga penutup terakhir pasaran.

Ia akan membida tambahan 26 peratus saham melalui tawaran tender mandatori sehingga 33 bilion rupee pada harga tidak kurang daripada 170 rupee sesaham.

Urus niaga itu dijangka diselesaik­an dalam masa tujuh hari perniagaan selepas menerima kelulusan pemegang saham dan Competitio­n Commission of India. Proses itu akan mengambil masa 60 ke 75 hari, menurut Fortis.

“Pelan ini adalah untuk membolehka­n syarikat maju ke hadapan dengan cepat,” kata Bhavdeep. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia