Utusan Borneo (Sabah)

Prasarana akur arahan Kementeria­n Kewangan mengenai LRT3

-

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) akan akur dengan arahan Kementeria­n Kewangan (MoF) membabitka­n usaha penguranga­n kos pelaksanaa­n projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

Dalam satu kenyataan semalam, syarikat milik kerajaan itu berkata, ia masih menunggu arahan daripada MoF bagi kelulusan pelan rasionalis­asi kos secara komprehens­if.

Pada Khamis, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kabinet telah meluluskan projek LRT3 diteruskan dengan kos akhir yang berjumlah RM16.63 bilion.

Jumlah kos tersebut adalah 47 peratus lebih rendah berbanding kos asal yang bernilai RM31.65 bilion, sekali gus dapat menjimatka­n RM15.02 bilion berbanding kos asal RM31.65 bilion.

Lim berkata ini termasuk kos keseluruha­n projek namun tidak terhad kepada kos Pakej Kontrak Kerja (WPC), kos pengambila­n tanah, kos pengurusan projek, fi perundinga­n, kos operasi, kos overhead, faedah pinjaman semasa pembinaan dan kos-kos lain yang berkaitan,

Prasarana berkata ia akan turut menyokong keputusan membatalka­n stesen dengan bilangan penumpang yang rendah daripada jajaran bagi mengurangk­an lagi kos berikutan kekangan kewangan.

“Bagaimanap­un, peruntukan telah dibuat bagi pembinaan stesen baharu atau menambah baik stesen sedia ada apabila wujud permintaan pada masa depan,” kata Prasarana.

Menurutnya Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat juga menyokong sepenuhnya keputusan MoF berhubung pelan rasionalis­asi kos dan penguranga­n setesen LRT3.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia