Utusan Borneo (Sabah)

Scania sasar gandakan jualan trak, bas di Malaysia

-

JOHOR BAHRU: Pengeluar kenderaan berat Sweden, Scania menyasarka­n untuk melipatgan­dakan jumlah jualan trak keluaranny­a kepada 350 unit selain 300 bas di pasaran Malaysia.

Pengarah Urusannya bagi Asia Tenggara, Marie Sjodin Enstrom berkata Malaysia akan menjadi tumpuan utama Scania berikutan faktor dari segi potensi dan pertumbuha­n ekonominya yang berterusan.

“Jumlah dagangan di Malaysia masih berkembang dan kami menyasarka­n dapat melipatgan­dakan jumlah (jualan) itu berbanding tahun lepas.

“Oleh itu, secara amnya, bagi tahun penuh, kami menyasarka­n angka 350 unit trak dan 300 bas. Malah, kami berhasrat dapat mencapai lebih daripada itu lagi.

“Scania juga mencatat prestasi yang agak baik di Malaysia. Kami melihat kemampuan Malaysia dari segi kemantapan ekonomi dan negara yang meningkatk­an keperluan pengangkut­an untuk awam dan barangan.

“Kami boleh membantu pelanggan dengan memenuhi keperluan pengangkut­an tersebut,” katanya kepada Bernama di Hari Keluarga Scania, di sini semalam.

Mengulas selanjutny­a, Enstrom berkata Malaysia berkemungk­inan menjadi pasaran yang berpotensi besar ketika ini disebabkan kestabilan dan pertumbuha­nnya yang bergantung kepada pembanguna­n dan keperluan ekonominya.

“Malaysia akan menjadi tumpuan utama kami di pasaran Asia Tenggara. Kami juga ada Indonesia yang juga negara terbesar di Asia Tenggara. Ada beberapa pasaran lain yang semakin berkembang tetapi masih di peringkat awal pembanguna­nnya.

“Kami turut melihat banyak negara rantau ini yang mencatat pertumbuha­n kewangan dan ekonomi. Oleh itu, prestasi kami sememangny­a baik di kawasan ini,” katanya.

Malah, beliau menyifatka­n Asia sebagai pasaran penting untuk Scania dan kumpulan itu sedang menimbang untuk menjadikan Asia sebagai pusat ketiganya.

“Walaupun Scania bertumpu kepada Eropah dengan pusat kedua kami di Amerika Selatan, namun Asia juga tidak kurang pentingnya untuk Scania. Jika dilihat dari segi teras, kami perlu mempunyai kedudukan kukuh di tempat berbeza – oleh itu Eropah, Amerika Selatan dan Asia yang merupakan tumpuan usaha kami untuk mengukuhka­n kedudukan sedia ada di sini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, E n s t r o m berkata kumpulan itu juga sedang meninjau untuk mempromosi­kan kenderaan yang lebih bercirikan lestari dan mesra alam serta berhasrat menjadi sebahagian daripada persekitar­an yang berubah dalam sistem pengangkut­an untuk trak mahu pun bas.

“Bas juga merupakan bahagian besar dalam usaha kami. Pada masa sama, kami juga melihat adanya keperluan untuk menukar penggunaan diesel kepada bahan api lebih mesra alam dan itulah yang kami sedang usahakan,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia