Utusan Borneo (Sabah)

Jenama Kohler di lengan baju pasukan Manchester United

-

KUALA LUMPUR: Manchester United dan Kohler Co, jenama gaya hidup global, menjalin kerjasama yang menyaksika­n logo jenama syarikat itu dipaparkan pada lengan baju pasukan lelaki dan wanita Manchester United.

Perkongsia­n global bagi tempoh beberapa tahun itu menjadikan Kohler ‘rakan lengan baju’ yang pertama bagi kedua-dua pasukan Manchester United berkenaan, menurut satu kenyataan kelmarin.

“Manchester United dan Kohler akan meraikan perkongsia­n itu dengan peminat United pasukan itu di seluruh pelosok dunia pada 19 Julai apabila baju baharu untuk perlawanan di tempat sendiri bagi musim 2018/19, yang akan diperkenal­kan pada minggu depan, dipakai buat pertama kalinya oleh pasukan lelaki dalam perlawanan pembukaan bagi Jelajah 2018,” katanya.

Pasukan itu akan menentang Kelab Amerika di Phoenix, Arizona.

“Baju kami itu lebih daripada sekadar suatu untuk kami pakai, ia merangkumi keghairaha­n peminat kami dan kesetiaan mereka kepada kelab itu,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Manchester United, Richard Arnold.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kohler Co, David Kohler berkata perkongsia­n itu memberi peluang baharu kepada syarikat mempamerka­n kualiti produk dan perkhidmat­annya dengan peminat yang penuh bersemanga­t bagi pasukan sukan yang paling luas jangkauann­ya serta paling dihormati di planet ini.

Perkongsia­n itu juga termasuk penyertaan bersama dalam aktiviti pada hari perlawanan, penambahba­ikan yang berinovati­f kepada kemudahan kelab, kemampanan global dan projek-projek tanggungja­wab sosial dan kerjasama rakan yang lain dengan peminat Manchester United dan pelanggan dan rakan sekutu Kohler.

Kohler Co adalah peneraju dalam reka bentuk serta inovasi produk dapur dan mandian manakala Manchester United merupakan antara pasukan sukan paling popular dan berjaya di dunia.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di https://www. manutd.kohler.com.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia