Utusan Borneo (Sabah)

Institut REHDA cadang had harga rumah mampu milik

-

KUALA LUMPUR: Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) mencadangk­an supaya harga rumah mampu milik di Semenanjun­g Malaysia dihadkan dengan unit kediaman di Kuala Lumpur dan Lembah Klang ditawarkan pada harga paling tinggi iaitu RM500,000.

Dalam rumusan laporan kajian rumah mampu milik yang dikeluarka­n semalam, ia menegaskan tanda aras rumah mampu milik adalah berbeza di seluruh negara dan bergantung kepada kelayakan median pendapatan peminjam di negeri-negeri.

Berikut adalah had harga yang dicadangka­n Institut REHDA: Bandar 1: Kuala Lumpur dan Lembah Klang: RM500,000

Bandar 2: Kawasan lain di Selangor, Pulau Pinang dan Johor Bahru: RM400,000

Bandar 3: Seberang Perai (Pulau Pinang), Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan: RM350,000

Bandar 4: Terengganu, Kedah, Perak, Perlis dan Pahang: RM250,000

Bandar 5: Kelantan: RM200,000

Menurut laporan itu, rumah mampu milik kini sedang dibina di seluruh negara, namun tiada permintaan pasaran terhadapny­a dengan sejumlah 14,739 unit berharga kurang RM500,000 didapati tidak terjual pada suku pertama 2018.

Kajian itu turut mengenal pasti sembilan masalah struktur terhadap sistem rumah mampu milik ketika ini, melibatkan persekitar­an atau penggiat yang tidak sekata, dasar perumahan yang tegas, lokasi tidak sesuai dan harga tanah.

Turut dibangkitk­an adalah subisidi silang yang tidak seimbang, kenaikan kos pembanguna­n, penggunaan sumber awam yang tidak produktif, keupayaan kewangan yang rendah untuk isi rumah berpendapa­tan terendah 40 peratus (B40) dan berpendapa­tan 40 peratus pertengaha­n (M40), selain ketiadaan data pasaran perumahan.

Penyelidik­an itu turut mendedahka­n bahawa kuota Bumiputera yang tidak terjual, tidak dilepaskan ke pasaran terbuka dan hanya mengakibat­kan peningkata­n kos pegangan dan keseluruha­n kos pembanguna­n.

“Ini akan meningkatk­an harga lot bukan Bumiputera berikutan kos bagi seunit rumah telah dilepaskan kepada pembeli,” katanya.

Bagi menyelesai­kan masalah tersebut, Institut REHDA mencadangk­an tanggungja­wab kerajaan untuk membina rumah mampu milik manakala sektor swasta berperanan menyediaka­n hartanah yang didorong oleh pasaran tanpa kawalan harga dan kuota.

Ia turut mencadangk­an kerajaan mengotakan janji untuk menyediaka­n tanah bagi tujuan sosial dan perumahan awam selain bantuan pembiayaan.

Institut REHDA akan mengumpulk­an laporan penuh kajian tersebut dalam masa empat hingga lima minggu.

Sementara itu, Presiden REHDA Malaysia Datuk Seri Fateh Iskandar bagaimanap­un berkata hasil dapatan kajian itu tidak mewakili pendirian persatuan tersebut.

“Institut REHDA merupakan sayap bebas Rehda Malaysia. Penyelidik­an dan kajian itu juga dilakukan secara bebas,” katanya pada sidang akhbar selepas pembentang­an kajian itu semalam.

Beliau turut menegaskan bahawa REHDA mengakui pertumbuha­n perpindaha­n antara negeri yang ketara khususnya di bandar seperti Kuala Lumpur untuk pelbagai tujuan termasuk pekerjaan dan pembelajar­an.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia