Utusan Borneo (Sabah)

AS dakwa 12 pegawai perisikan Rusia

Pendakwaan ini merupakan satu kejutan, hanya tiga hari sebelum Trump bertemu Putin

-

WASHINGTON: Seramai 12 pegawai perisikan Rusia didakwa kelmarin atas tuduhan menggodam kempen pilihan raya presiden Hillary Clinton pada 2016 dan Parti Demokrat dalam pendakwaan rasmi yang mengejutka­n hanya tiga hari sahaja sebelum Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bertemu dengan Vladimir Rusia Vladimir Putin.

Tuduhan dirangka oleh Peguam Khas Robert Mueller, bekas pengarah Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) yang sedang menyiasat campur tangan Rusia dalam pilihan raya pada November 2016 dan sama ada anggota pasukan kempen Trump bersubahat dengan Moscow ataupun tidak.

Ketua Demokrat segera menyeru kepada Trump untuk membatalka­n pertemuan yang dijadualka­n esok (Isnin) dengan Putin di Helsinki, tetapi Rumah Putih berkata sidang kemuncak itu akan diteruskan.

“Ia masih akan diadakan,” kata jurucakap Sarah Sanders.

Pendakwaan rasmi setebal 29 lembaran itu menuduh anggota agensi perisikan tentera Rusia yang dikenali sebagai GRU menjalanka­n “operasi siber berskala besar” untuk mencuri kempen Clinton serta e-mel dan dokumen Parti Demokrat.

“Dakwaan tiada bahawa konspirasi itu mengubah kiraan undi atau menjejaska­n sebarang keputusan pilihan raya,” kata Timbalan Peguam Negara Rod Rosenstein ketika mengumumka­n pendakwaan itu pada satu sidang akhbar di Washington.

“Tuduhan tiada dalam pendakwaan ini bahawa ada warga Amerika melakukan jenayah,” tambah Rosenstein, walaupun “perancang konspirasi berhubung dengan beberapa warga Amerika sepanjang konspirasi menerusi Internet”.

Bagaimanap­un, katanya, “tuduhan tiada dalam pendakwaan ini bahawa warga Amerika terbabit tahu mereka berhubung dengan pegawai perisikan Rusia.”

Rosenstein berkata beliau memberi taklimat kepada Trump tentang pendakwaan itu sebelum pengumuman kelmarin dan masa untuk membuat pengumuman itu ditentukan oleh “fakta, bukti dan undangunda­ng”.

Berita tentang pendakwaan itu diterima ketika Trump berjumpa dengan Ratu Elizabeth II dan hanya 72 jam sahaja sebelum beliau bertemu dengan Putin.

“Pendakwaan ini menjelaska­n betapa besar dan luasnya operasi ini termasuk penceroboh­an pegawai perisikan Rusia ke dalam laman sesawang sebuah lembaga pilihan raya negeri dan kecurian maklumat yang ada kaitan dengan kira-kira 500,000 pengundi,” tweet Pengerusi Jawatankua­sa Kebangsaan Demokrat (DNC) Tom Perez.

“Kerajaan Rusia menyerang demokrasi kita pada 2016, dan DNC merupakan sasaran utama bagi serangan itu,” beliau menulis.

Senator Chuck Schumer, ketua minoriti Demokrat dalam Senat, menggesa Trump untuk membatalka­n rundingan dengan Putin.

“Pendakwaan ini adalah bukti lanjut bagi perkara yang seakan-akan difahami semua orang kecuali presiden: Presiden Putin merupakan musuh yang campur tangan dalam pilihan raya kita untuk membantu Presiden Trump menang,” Schumer menyebut dalam satu kenyataan.

“Presiden Trump harus membatalka­n pertemuann­ya dengan Vladimir Putin sehingga Rusia mengambil langkah yang telus dan dapat ditunjukka­n untuk membuktika­n mereka tidak akan campur tangan lagi dalam pilihan raya pada masa depan.”

Senator Republikan John McCain berkata sidang kemuncak itu harus dibatalkan jika Trump tidak bersedia untuk memberi amaran kepada Putin “terdapat akibat yang serius untuk ditanggung bagi tindakanny­a yang agresif dan berterusan terhadap AS dan demokrasi di seluruh dunia”.

“Jika Presiden Trump tidak bersedia untuk mempertang­gungjawabk­an Putin, sidang kemuncak di Helsinki tidak harus diteruskan,” kata McCain.

Di Britain sebelum pendakwaan diumumkan, Trump berkata beliau akan bertanya kepada Putin mengenai dakwaan tentang campur tangan dalam pilihan raya.

“Saya sudah tentu dengan tegas akan mengajukan soalan itu, dan saya harap kita akan menjalin hubungan yang baik dengan Rusia,” katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Britain Theresa May.

Namun beliau juga mengecam siasatan Mueller sebagai satu “pemburuan sihir yang palsu” dan berkata beliau selama ini “lebih tegas terhadap Rusia berbanding sesiapa sahaja”.

Presiden AS itu mengingatk­an bahawa 60 pegawai perisikan diusir dari kedutaan Rusia di Washington sebagai tindak balas kepada serangan agen saraf ke atas seorang bekas perisik Rusia di Britain.

Rusia menafikan sebarang pembabitan dalam serangan tersebut dan menolak tuduhan bahawa ia campur tangan dalam pilihan raya presiden AS dalam usaha untuk membantu Trump menang. — AFP

“Pendakwaan rasmi setebal 29 lembaran itu menuduh anggota agensi perisikan tentera Rusia yang dikenali sebagai GRU menjalanka­n “operasi siber berskala besar” untuk mencuri kempen Clinton serta e-mel dan dokumen Parti Demokrat.

 ?? — Gambar AFP ?? KELIHATAN Kediaman Diraja Presidi Helsinki, Finland baru-baru ini. Trump bakal bertemu Vladimir Putin di Kediaman Diraja untuk Sidang Kemuncak Helsinki esok.
— Gambar AFP KELIHATAN Kediaman Diraja Presidi Helsinki, Finland baru-baru ini. Trump bakal bertemu Vladimir Putin di Kediaman Diraja untuk Sidang Kemuncak Helsinki esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia