Utusan Borneo (Sabah)

Landasan terbaik ketengah bakat muda

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) merupakan satu landasan terbaik untuk mengetenga­hkan bakatbakat muda yang boleh bersaing di peringkat negeri malahan dapat mengharumk­an nama negeri dan juga negara di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Menteri Belia dan Sukan Frankie Poon Ming Fung berkata, sesungguhn­ya kejayaan untuk melahirkan seorang atlet dan pasukan yang bertaraf kebangsaan dan antarabang­sa bukanlah satu perkara yang mudah.

“Ini kerana ianya melibatkan kerjasama pelbagai pihak dalam menggemble­ng tenaga dan pemikiran disamping penyusunan strategi yang berkesan demi membuahkan hasil yang cemerlang.

ARUNARNSIN (tengah) bersama tetamu yang hadir di majlis itu.

“Saya difahamkan Pasukan Lelaki 12 tahun Negeri Sabah merupakan johan kebangsaan pada tahun 2017. Adalah menjadi harapan kita bersama agar kejayaan itu dapat dipertahan­kan pada tahun ini,” katanya pada majlis perasmian Penangguha­n Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah di Dewan Sibuga Jaya, Batu 8 di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh pembantuny­a Arunarnsin Taib.

Frankie berkata seorang pemimpin politik memberikan khidmat bakti kepada masyarakat sebagai satu motivasi, sementara seorang atlet ataupun ahli sukan selalunya akan mencipta kejayaan sebagai satu motivasi dalaman serta kepuasan dan merupakan sebahagian dalam sejarah hidupnya.

“Semangat beginilah yang seharusnya menjadi contoh kepada semua atlet dalam apa jua acara sukan. Setiap atlet seharusnya mempunyai kebolehan tersendiri yang tidak mungkin ada pada orang lain.

“Oleh yang demikian kesungguha­n, keinginan serta usaha yang tidak mengenal erti jemu, bosan dan mudah putus asa seharusnya dikikis dalam diri seorang atlet lebih-lebih sebagai seorang pelajar,” katanya.

Beliau berkata persaingan positif dalam kalangan atlet yang mengambil bahagian akan dapat membantu dalam pembentuka­n semangat berpasukan, ketahanan mental sudah tentu akan menjadi sebahagian pengukur kepada kejayaan para atlet disamping penghayata­n nilainilai murni dalam usaha untuk melahirkan generasi yang berakhlak mulia serta berketramp­ilan.

“Adalah menjadi harapan kita agar kejohanan ini akan mampu melahirkan generasi yang seimbang dalam era globalisas­i ini.

“Usaha mengadakan kejohanan seumpama ini diharapkan akan terus meningkatk­an lagi penyertaan murid dalam bidang sukan dan ianya selaras dengan Dasar 1Murid 1Sukan yang telah dilaksanak­an bermula tahun 2011 lagi,” katanya.

Jelasnya dasar ini sudah pastinya akan menjadi saluran terbaik dalam melahirkan modal insan cemerlang untuk menjadi pelapis pemimpin muda negara pada masa akan datang.

Pada kejohanan itu, Sandakan menyapu bersih empat kategori anugerah bagi pemain lelaki dan perempuan 12 tahun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia