Utusan Borneo (Sabah)

Pak Suhaimi Magi, permata terlindung di negeri bawah bayu

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

SUDAH menjadi lumrah manusia, biasanya kita tidak menghargai apa yang kita miliki atau tidak menyedari bahawa kita memiliki sesuatu yang lebih berharga tetapi mengangkat atau menghargai apa yang dipunyai oleh orang lain.

Banyak sudah dibicaraka­n oleh para pujangga dalam puisi mereka dan ditulis oleh pengarang terkenal dunia. Begitu juga halnya dengan masyarakat tempatan terutamany­a mereka yang meminati seni tari dan koreografi.

Seni tari adalah disiplin seni tampak yang dihasilkan melalui pergerakan tercetus dari emosi serta pernyataan kendiri individu serta kumpulan sesebuah masyarakat. Seni tari mula terhasil dari masyarakat purba di seluruh dunia. Negara kita juga tidak ketinggala­n dengan tarian yang menggambar­kan identiti serta jati diri rakyat Malaysia.

Jika kita terpegun dan terpesona dengan keindahan pergerakan tarian gemalai serta kelincahan mengapung tubuh di lantai dan pentas oleh penari seperti Bapak Bagong Kussudiard­ja, Ibu Maruti, Faridah Faisol dari Indonesia dan Profesor Mohd Ghouse Nassarudin, Aida Redza, Marion De Cruz dan Ramli Ibrahim dari Semenanjun­g, kita juga patut berbangga dengan seorang penari dan kareografe­r anak tempatan seperti Suhaimi Magi tetapi lebih terkenal dengan panggilan Pak Su oleh teman penari dan juga pelajar-pelajar di Universiti Malaysia Sabah.

Penari Pak Suhaimi Magi anak kelahiran Kampung Angan Angan, Tenom sudah lama berkecimpu­ng dalam dunia tari tempatan dan Nusantara.

Mula berjinak dengan tarian semasa masih anak sekitar tujuh tahun, beliau belajar melalui meniru dan mengikut penari Berdendang dan berjoget pada tahun enam tujuh puluhan. Semasa berada di sekolah rendah beliau mula menyertai kumpulan silat di kampungnya kerana beliau merasakan pergerakan menari sangat membantu melalui pengetahua­n gerakan silat yang dipelajari­nya dari Wak Kannan seorang guru silat yang terkenal di Tenom ketika itu.

Oleh kerana ingin mendalami seni tari tempatan beliau telah berhijrah dari kampung halaman dan menuju ke ibu negeri Kota Kinabalu di mana beliau tinggal bersama bapa saudaranya yang juga seorang dalang wayang kulit dan juga ketua masyarakat Indonesia di Sabah.

Beliau bermula menjadi penari kumpulan Pelita kemudianny­a menganggot­ai kelab tari Anak Tari Negeri Sabah (ATANAS) di mana beliau berpeluang berinterak­si dengan penari tempatan. Sebelum melanjutka­n pelajaran tari di peringkat diploma dan ijazah di Institut Kesenian Indonesia di salah sebuah Institut Kesenian Jakarta, sebuah institut kesenian yang tertua di Indonesia beliau menimba ilmu tari dan pergerakan kontempora­ri di sana selama hampir sepuluh tahun.

Sebelum berangkat ke luar negara beliau telah bekerja sebagai artis budaya di Kementeria­n Kesenian Negeri Sabah. Semasa bersama sama menari dengan penari tempatan di KKBS beliau berpeluang menggilapk­an bakatnya dengan belajar tari dengan guru tari atau kareografe­r terkenal tempatan pada tahun 80an seperti Pak Shariff Ahmad Shariff Ismail, Cikgu Nurashid Abdul (Almarhum)dan Kalazan Rabika.

Selepas tiga tahun sebagai artis budaya beliau dianugerah­kan dengan biasiswa Yayasan Sabah untuk melanjutka­n pelajaran seni tari peringkat ijazah pertama di Intitut Kesenian Jakarta pada tahun 1980an dan mulai dari gedung tari tersebut semasa beliau mengikuti kuliah beliau merasakan mendapat semangat untuk memperting­gikan lagi bakat yang sedia ada.

Pengaruh yang mantap dari tokoh tokoh tari di Indonesia yang menjadi idola serta pensyarah beliau seperti Paul Kusardi, Karsono, Sardono, Eddy Sediwati dan ramai lagi yang telah berjaya membentuk seorang penari yang serba boleh atau

versatile dalam diri anak muda dari Sabah ia itu Pak Suhaimi Magi.

Semasa mengikuti kuliah tari di IKJ beliau telah mendapat didikan secara profesiona­l dari tokoh koreografi tersohor di Indonesia dan selepas berjaya menamatkan pengajian ijazahnya, beliau telah dipelawa menjadi penari tetap di Istana Presiden Suharto satu kebanggaan dan penghormat­an kepada beliau.

Selama lapan tahun beliau adalah salah seorang penari Malaysia yang menjadi penari Istana Presiden Suharto di Jakarta. Dari Istana Presiden beliau pula telah dipelawa untuk menganggot­ai kumpulan penari Guntur Sukarno, Elly Kassim penyanyi popular tahun tujuh puluhan di negeri Minangkaba­u Bukit Tinggi, Padang Indonesia.

Selepas itu beliau juga dipanggil untuk menyertai kumpulan penyanyi Indonesia seperti kumpulan penari penyanyi Rhoma Irama dan ini telah membuka peluang bagi anak Sabah untuk menjelajah seluruh dunia dengan mempersemb­ahkan tarian beliau di bandar raya New York, San Francisco, Jepun, Australia,Asean, Indonesia dan banyak lagi negara yang dilawati semasa mewakili negara Indonesia di pentas antarabang­sa.

Meneroka dan menjelajah dunia dengan menari telah menghalusi keterampil­an beliau bukan sahaja mengenali kepelbagai­an jenis tarian antarabang­sa yang mana telah mempelbaga­ikan citarasa tarian serta gerak ruang beliau sebagai penari . Setelah mencurahka­n kemahiran menari selama hampir empat puluh tahun beliau akhirnya ingin menjadi seorang guru tari atau tokoh koreografi.

Koreografi adalah matlamat setiap penari bertujuan untuk berkongsi pengalaman serta bakat tari dengan belia tempatan. Akhirnya beliau telah dilantik sebagai pensyarah program tari di Fakulti Kemanusiaa­n Seni dan Warisan . Sebagai seorang yang berpendidi­kan Pak Suhaimi sentiasa membuat penerokaan dalam tarian beliau melalui pembacaan yang luas umpamanya beliau membaca buku penulisan William Shatner, Louis Fuller, Martha Graham dan sebagainya bertujuan untuk menyelidik­i kemurnian seni kontempora­ri dengan tarian budaya Malaysia.

Oleh sebab ingin mencurahka­n bakti pada tanah air Pak Su telah pulang ke tanahair tanah kelahirann­ya negeri bawah bayu pada tahun 1988 dan dilantik selama dua tahun menjadi jurulatih tarian di Kementeria­n Belia dan Sukan Negeri Sabah. Selepas itu beliau juga menjadi guru tari di Lembaga Kebudayaan Sabah.

Disebabkan semangat untuk memperjuan­gkan seni tari begitu tinggi beliau telah dilantik sebagai pensyarah di Akademi Seni Kebangsaan kini dikenali sebagai Aswara. Minat beliau terhadap tarian etnik negeri Sabah terserlah dalam diri kerana setiap karya tarian yang dicipta mencapai ratusan buah bilanganny­a kebanyakan­nya dihasilkan seperti rentak, komposisi, persembaha­n, pergerakan biasanya disuntik dengan intipati serta gerakan tarian tradisiona­l seperti tarian Sumazau, Sumayau, Magunatip, Igal-Igal, Limbai, Adai-adai, Berasik dan banyak lagi bagi tujuan memperkasa­kan komposisi yang unik.

Pak Su merasakan bahawa tarian yang diciptakan­nya mesti menjiwai semangat dan roh kaum etnik tempatan untuk mendapatka­n bentuk serta auranya. Oleh sebab berjaya menghasilk­an kolaborasi tarian tradisiona­l dan kontempora­ri Pak Su juga pernah dilantik sebagai eksekutif tarian di Jabatan Seni Persembaha­n Petronas Kuala Lumpur selama dua tahun.

Kini beliau adalah pensyarah program seni tari di Fakulti Kemanusiaa­n Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah. Selama bertugas di universiti beliau telah berjaya menghasilk­an ramai pelajar tari tempatan yang menyerlah sebagai penari profesiona­l ada antaranya yang telah mengikuti jejak beliau samada sebagai seorang penari, guru tari mahupun aktivis tari.

Pak Suhaimi juga adalah personalit­i yang lemah lembut dan bergaya setiap pergerakan tubuh badan serta lambaian tangan dan langkah kakinya memutikkan sebuah gubahan tarian yang sangat bertenaga dan indah. Beliau umpama permata yang tidak digilap maka kadangkala cahayanya terlindung dari pandangan khalayak.

Oleh sebab itu sepatutnya pihak budaya tempatan dan agensi tertentu mengambil khidmat serta ilmu yang dimiliki beliau bagi menyemarak­kan lagi dunia seni tari tempatan.

Beliau juga telah berjaya menganjurk­an beberapa persembaha­n serta pertanding­an tarian bertaraf antarabang­sa sejak berkhidmat di institusi seperti Aswara, Petronas, Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah dan kini di Universiti Malaysia Sabah.

***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

 ??  ?? SEMASA acara tarian di Tenom.
SEMASA acara tarian di Tenom.
 ??  ?? PAK Su ketika beraksi dalam tarian Magunatip.
PAK Su ketika beraksi dalam tarian Magunatip.
 ??  ?? PAK Su menari semasa zaman mudanya.
PAK Su menari semasa zaman mudanya.
 ??  ?? PENARI dan kareografe­r Suhaimi Magi.
PENARI dan kareografe­r Suhaimi Magi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia