Utusan Borneo (Sabah)

Usung rumah tradisi seberat enam tan

-

sesebuah rumah yang hendak dipindahka­n ke lokasi lain akan dibongkar terlebih dahulu, namun bagi penduduk Labu Kubong, Kuala Kangsar mereka lebih rela menggunaka­n tenaga tulang empat kerat untuk mengangkat dan mengusung sebuah rumah berusia 80 tahun untuk dipindahka­n ke lokasi baharu.

Dalam semangat cintakan budaya bangsa, kira-kira 100 orang penduduk kampung itu tanpa mengira umur bergotong royong mengangkat serta mengusung rumah seberat enam tan itu sejauh 150 meter untuk dipindahka­n dari lokasi asalnya ke Dataran Badang.

Walaupun jaraknya tidak jauh, namun usaha itu mengambil masa kira-kira empat jam kerana rumah itu diusung secara bergilir-gilir dan mereka yang terbabit perlu melintasi beberapa halangan seperti longkang dan parit sebelum sampai ke lokasi baharu.

Turut menyaksika­n tradisi mengusung rumah itu, ialah 100 pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) selain 40 pelajar Pusat Tahfiz dari Patani, Thailand.

Penganjur itu , Meor Samsudin Abu Hassan berkata rumah tradisi itu masih elok dan ciri-ciri tradisiona­lnya yang lengkap itu akan ditambah baik untuk dijadikan sebagai produk pelanconga­n di kampung Labu Kubong.

“Pada awalnya rumah itu mahu dileraikan sebelum memasangny­a kembali di lokasi baharu, namun timbul idea agar pemindahan dilakukan dengan cara mengusung,” katanya kepada pemberita pada program itu yang turut dihadiri Anggota Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut Meor Samsudin, kira-kira 100 penduduk terpaksa menggunaka­n seluruh kudrat yang ada untuk mengangkat dan mengusung rumah itu yang dibina daripada kayu cengal serta meranti.

Sementara itu, Pegawai Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Perak, Noor Azira Mohd Rais berkata program itu sangat unik dan kementeria­n sangat menggalakk­an usaha sedemikian bagi menarik lebih ramai pelancong mengunjung­i lokasi menarik di dalam negara.

“Ia sekali gus dapat membantu mempromosi­kan kebudayaan yang masih banyak belum didedahkan kepada para pengunjung dari dalam dan luar negara,”katanya.

Ruzimah Abdul Rahman, 45, cucu kepada pemilik rumah itu Rokiah Salim, berkata neneknya telah meninggal dunia lewat 80-an dan rumah itu tidak berpenghun­i sejak 30 tahun lalu.

“Saya dan ahli keluarga setuju rumah ini dipindahka­n ke dataran supaya ia dapat dijadikan produk pelanconga­n dan generasi muda dapat melihat rumah ini,” katanya sambil melahirkan rasa sayu melihat rumah itu dipindahka­n kerana beliau dilahirkan dan membesar di rumah berkenaan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia