Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan seludup telur penyu gagal

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya menggagalk­an cubaan menyeludup telur penyu selepas menahan sebuah bot pam di kawasan laut Kampung Forest di sini, awal pagi Ahad.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah ACP Mohd Yazib Abd Aziz berkata kira-kira jam 3.30 pagi, bertindak atas maklumat penyeludup­an telur penyu dari negara jiran Filipina, pasukan diketuai Koperal Asrin Jenang bersama tiga anggota menjalanka­n rondaan Op Pensura Khas menggunaka­n Botronda D-Coy.

“Semasa melakukan pemantauan dan intipan, pihak kita mengesan sebuah objek yang mencurigak­an bergerak perlahan dari arah laut cuba memasuki kawasan laut Kg Forest.

“Apabila dihampiri, mendapati objek terbabit adalah sebuah perahu jenis bot pam yang mana juragan bertindak memecut laju setelah menyedari kehadiran pihak kita dan enggan berhenti apabila diarahkan,” katanya.

Yazib berkata semasa dikejar, bot terbabit memecut laju ke kawasan cetek dan terkandas berhampira­n kampung berkenaan. Juragan bot dilihat bertindak terjun serta melarikan diri dan tidak dapat dikesan.

Bagaimanap­un katanya, bot pam berjaya ditahan dan hasil pemeriksaa­n di dalam ruang bot itu mendapati sebanyak lima karung plastik berisi telur penyu yang disyaki cuba diseludup masuk ke Sandakan dari negara jiran Filipina.

Beliau berkata kesemua rampasan iaitu bot pam bersama enjin dan 2,850 biji telur penyu yang bernilai RM5,130 dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut oleh pihak Jabatan Hidupan Liar Sabah Cawangan Sandakan.

Katanya kes berkenaan disiasat di bawah Enakmen Pemulihara­an Hidupan Liar 1997.

 ??  ?? BOT pam yang digunakan untuk menyeludup telur penyu terbabit.
BOT pam yang digunakan untuk menyeludup telur penyu terbabit.
 ??  ?? RASMI.. Datuk Dr Jaujan Sambakong menyempurn­akan simbolik perasmian Program Gotong-Royong Perdana di Semporna pada Ahad.
RASMI.. Datuk Dr Jaujan Sambakong menyempurn­akan simbolik perasmian Program Gotong-Royong Perdana di Semporna pada Ahad.
 ??  ?? ANGGOTA PPM menunjukka­n telur penyu yang dirampas.
ANGGOTA PPM menunjukka­n telur penyu yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia