Utusan Borneo (Sabah)

MAFI positif wujudkan semula LPS

Kaji setiap aspek dan cadangan sebelum buat keputusan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memandang positif cadangan untuk mewujudkan semula Lembaga Padi Sabah (LPS).

Menterinya Junz Wong berkata bagaimanap­un, pasukan teknikal akan ditubuhkan bagi melihat serta mengkaji setiap aspek dan cadangan sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kementeria­nakanmelih­at sebab mengapa LPS sebelum ini dibubarkan kerana keperluan tenaga kerja dan modal kewangan sangat penting dalam menubuhkan semula lembaga ini.

“Meskipun begitu, saya bersetuju bahawa pembentuka­n semula LPS yang dibubarkan pada tahun 1981 adalah amat penting bagi pembanguna­n luar bandar seterusnya menaikkan kesejahter­aan petani yang mengusahak­an padi,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Junz berkata, sebelum pembubaran LPS, Sabah mencapai pengeluara­n beras sebanyak 70 peratus jika dibandingk­an sekarang yang mana hanya sekitar 26 peratus.

Bahkan katanya, isu alam sekitar turut memberi kesan buruk kepada pengeluara­n beras global.

Justeru, pihaknya memandang serius dan terpanggil untuk menubuhkan semula LPS memandangk­an beras adalah komoditi keselamata­n strategik kerana ia adalah makanan asasi rakyat di negara ini.

“Bagaimanap­un, kita perlu melihat banyak aspek termasukla­h pengeluara­n, pemprosesa­n, pemasaran dan import beras.

“Oleh kerana air adalah komponen terpenting dalam pengeluara­n beras, kita juga perlu memperbaha­rui serta meningkatk­an sistem pengairan sekiranya ingin menubuhkan semula LPS,” katanya.

Katanya, aspek teknologi baharu bagi pengeluara­n beras seperti System Rice Intensific­ation (SRI) yang diamalkan di negara jiran Indonesia juga perlu diambil kira.

Selain itu katanya, penggunaan tanah, saiz dan sistem tenure juga perlu dipertingk­at serta diperluask­an.

“Setakat ini, kawasan padi sedia ada di Sabah adalah di kawasan Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Papar, Tambunan dan Keningau.

“Sementara, terdapat juga kawasan lain yang berpotensi untuk dibangunka­n seperti Sook, Trusan Sapi dan Kinabatang­an,” katanya.

“Kementeria­n akan melihat sebab mengapa LPS sebelum ini dibubarkan kerana keperluan tenaga kerja dan modal kewangan sangat penting ” dalam menubuhkan semula lembaga ini.

JUNZ WONG Menteri Pertanian dan Industri Makanan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia