Utusan Borneo (Sabah)

Perintah Berkurung No. 93 mula berkuatkua­sa

-

KOTA KINABALU: Perintah Berkurung baharu nombor 93 mula berkuatkua­sa selama 24 jam, bermula jam 6 petang 15 Julai 2018.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, perintah berkenaan dilanjutka­n mengikut Seksyen 31 (1) Akta Polis 1967.

Katanya, Perintah Berkurungi­tuakandila­njutkan oleh Menteri Dalam Negeri selama 14 hari bermula 16 Julai 2018 hingga 30 Julai 2018 jam 6 petang mengikut Seksyen 31 (4) Akta Polis 1967.

“Dengan berkuatkua­sanya Perintah Berkurung ini orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendak­i berada di dalam rumah.

“Orang lain juga tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang disytihark­an dari jam 6 petang sehingga 6 pagi pada tarikh yang dinyatakan.

Perintah Berkurung ini juga meliputi kawasan yang sama dengan Perintah Berkurung nombor 92,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata kawasan terbabit termasukla­h perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

Ramli berkata, keperluan untuk meneruskan Perintah Berkurung adalah bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak dicerobohi oleh pengganas.

Selain itu katanya, ia bagi menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan yang berada di daratan kawasan Zon Keselamata­n Pantai Timur Sabah (Esszone).

“Arahan ini juga bagi memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulka­n rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet serta aktiviti perikanan.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah (KPD) Esszone untuk mengeluark­an permit kepada mana-mana pemohon aktiviti perikanan atau laluan yang mendesak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia