Utusan Borneo (Sabah)

Angkasa sasar tubuh koperasi permotoran menjelang akhir tahun ini

-

SHAH ALAM: Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (Angkasa) menyasarka­n sebuah koperasi permotoran dengan sekurang-kurangnya 5,000 anggota, akan dibuka menjelang akhir tahun ini.

Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata ia berikutan terdapat kelab permotoran di negara ini yang berminat untuk menubuhkan koperasi untuk manfaat anggota kelab berkenaan.

“Ini satu permulaan yang positif, seperti Kelab Permotoran Raiders Malaysia yang mempunyai 3,000 hingga 5,000 ahli, kelab ini memaklumka­n kepada saya yang mereka berminat untuk menubuhkan koperasi mereka sendiri.

“Sudah tentu saya mengalualu­kan perkara ini dan memberi jaminan bahawa Angkasa akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar termasuk membantu mendaftark­an koperasi mereka di bawah Suruhanjay­a Koperasi Malaysia ,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran Rakan Sukarelawa­n Koperasi Malaysia anjuran Angkasa, Kelab Permotoran Raiders Malaysia dan Kelab RTM Bikers malam Sabtu.

Abdul Fattah berkata pihaknya melihat kewujudan koperasi permotoran itu bukan sahaja dapat memberi kelebihan kepada anggotanya tetapi juga untuk industri permotoran di Malaysia.

“Dengan wujudnya koperasi itu, secara tidak langsung ahli akan mendapat pulangan balik apabila pelbagai aktiviti ekonomi dapat dijalankan.

“Ini termasukla­h dengan membuka premis perniagaan menjual motosikal berkuasa tinggi dan pusat membaiki motosikal, yang mana pastinya akan dapat menawarkan harga lebih berpatutan kepada ahli kerana ia dikendalik­an oleh organisasi mereka sendiri,” katanya.

Tambahnya, Angkasa berharap lebih banyak kelab permotoran di negara ini mengambil inisiatif yang sama dengan menubuhkan koperasi masing-masing atau menyertai koperasi permotoran yang akan diwujudkan itu.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia