Utusan Borneo (Sabah)

Abang Johari mahu semua wakil rakyat GPS pastikan pelaksanaa­n projek, elak tanggapan buruk rakyat terhadap kerajaan Selia, pantau rapi setiap projek agar berjalan lancar

-

“Kita lihat (pantau) projek kita di bawah dan saya minta YB-YB (Yang Berhormat) sama-sama melihat apa yang kita lakukan di

” bawah, perkara kecil ini sangat dekat dengan rakyat.

DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

KUCHING: Selia dan pantau dengan rapi setiap projek yang dilaksanak­an supaya ia berjalan lancar dan siap sekali gus tidak menimbulka­n tanggapan buruk rakyat terhadap kerajaan Sarawak.

Perkara itu diingatkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kepada setiap wakil rakyat dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), khususnya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi memastikan pelaksanaa­n projek untuk rakyat di Sarawak berjalan baik dan lancar.

Jelasnya lagi, projek-projek kerajaan Sarawak terutama melibatkan keperluan asas penting untuk dipantau kerana ia sentiasa dekat di hati rakyat.

“Kita lihat (pantau) projek kita di bawah dan saya minta YB-YB (Yang Berhormat) sama-sama melihat apa yang kita lakukan di bawah, perkara kecil ini sangat dekat dengan rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Majlis Sambutan Gawai Raya 2018 PBB di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Majlis itu turut dihadiri isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Menteri Pelanconga­n Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Turut hadir Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Talib Zulpilip, Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda E-Perdaganga­n Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee dan barisan wakil rakyat PBB lain.

“Saya, Douglas (Uggah) dan pimpinan parti kita, Julaihi (Narawi), Dr Annuar, (Michael) Manyin dan semua kami telah membuat keputusan, kita akan pergi ke bawah.

“Walaupun (projek telah) dilulus oleh saya, tetapi ia mungkin tidak dilaksanak­an,” tambah Abang Johari yang juga Presiden PBB.

Sebab itulah tegasnya, semua wakil rakyat perlu memantau projek yang telah diluluskan agar benar-benar dilaksanak­an dengan betul dan siap di kawasan masing-masing.

“Perkara-perkara sekecil ini amat rapat dengan rakyat. Jika ini dilakukan, kita turun ke bawah, dan mempunyai niat yang baik, Insya-Allah kita akan terus menjadi parti yang kuat di Sarawak,” tambahnya.

Pada masa sama, beliau memberitah­u kerajaan Sarawak telah mengumumka­n peruntukan sebanyak RM2 bilion untuk menangani masalah bekalan air di seluruh negeri, dengan naik taraf pelbagai projek yang berkaitan.

Beliau menjelaska­n, kerajaan Sarawak yang tidak lagi bergantung kepada peruntukan persekutua­n, akan memastikan bekalan elektrik tidak lagi sehingga ke meter rumah, tetapi memastikan ia dapat disambung terus ke rumah-rumah setiap inidvidu terlibat.

“Kalau saya pergi (turun padang), mintalah tolong datang dengan saya, supaya kita dapat lihat di mana tempatnya, dan di mana kita dapat selesaikan isu rakyat,” ujarnya.

Selain itu, beliau mendedahka­n kerajaan Sarawakjug­atelahmemu­tuskan agar kadar premium tanah dikurangka­n sebanyak 50 peratus dan dibayar secara ansuran selama 10 tahun.

Jelasnya, diskaun premium itu melibatkan tanah untuk rumah program penempatan semula iaitu daripada RM5,000 kepada RM2,500.

“Untuk perumahan mampu milik pula, rakyat akan mendapat kemudahan infrastruk­tur yang terbaik, tetapi harga rumah tidak termasuk harga infrastruk­tur tersebut, ini akan kita buat,” katanya lagi.

 ??  ?? ABANG Johari ditemani Juma’ani, (dari kiri) Abdul Karim, Julaihi, Manyin, Uggah, Fatimah, Hasidah dan tetamu kehormat lain memotong kek simbolik perasmian Sambutan Gawai Raya PBB 2018, malam kelmarin.
ABANG Johari ditemani Juma’ani, (dari kiri) Abdul Karim, Julaihi, Manyin, Uggah, Fatimah, Hasidah dan tetamu kehormat lain memotong kek simbolik perasmian Sambutan Gawai Raya PBB 2018, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia