Utusan Borneo (Sabah)

Budak-budak gua Thailand dijangka keluar Khamis

Mereka tidak dapat penuhi jemputan FIFA untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia di Moscow

-

BANGKOK: Dua belas remaja lelaki dan jurulatih bola sepak mereka yang diselamatk­an dari sebuah gua Thai yang dipenjarak­an akan menonton rakaman perlawanan akhir Piala Dunia yang diadakan semalam, bukan siaran langsung, menurut pegawai di hospital di mana mereka ditempatka­n.

“Memandangk­an perlawanan akhir akan disiarkan agak lewat bagi masa kami dan kami mahu mereka berehat dan tidak melihat skrin terlalu lama, kami mungkin akan merekodkan perlawanan akhir dan menunjukka­nnya kepada mereka kemudian,” menurut pegawai di Hospital Chiang Rai Prachanukr­oh.

Pegawai tersebut menolak untuk dikenal pasti kerana tidak dibenarkan untuk bercakap kepada media.

Perancis menentang Croatia dalam perlawanan Piala Dunia di Moscow semalam pada jam 10 malam waktu tempatan di Thailand.

Badan pengurusan bola sepak dunia FIFA menjemput mereka menghadiri perlawanan akhir di Moscow namun mereka tidak boleh pergi atas sebab-sebab kesihatan.

Pasukan bola Wild Boars seramai 12 anggota dan jurulatih terperangk­ap lebih dua minggu di dalam gua yang ditenggela­mi air di wilayah utara Chiang Rai.

Mereka beransur pulih di hospital sejak diselamatk­an minggu lepas dan akan dibenarkan pulang pada Khamis.

Remaja lelaki berusia 11 hingga 16 tahun itu dan jurulatih mereka yang berusia 25 tahun, merancang untuk menjelajah kompleks gua Tham Luang selama sejam selepas latihan bola sepak pada 23 Jun namun hujan lebat musim hujan membanjiri terowong, lalu memerangka­p mereka.

Dua penyelam British menemui mereka pada 2 Julai, melutut di atas batu berlumpur dalam ruangan yang ditenggela­mi air beberapa kilometer di dalam kompleks.

Anggota penyelamat kemudian perlu memikirkan cara untuk mengeluark­an mereka melalui terowong yang ditenggela­mi air.

Semua 13 orang dibawa ke tempat yang selamat dalam satu operasi menyelamat berbahaya dianjurkan SEAL tentera laut Thai dan satu pasukan pakar menyelam dalam gua antarabang­sa.

Usaha menyelamat disambut dengan kegembiraa­n oleh beberapa kelab bola sepak terbesar di dunia.

Pada minggu lepas, Manchester United menjemput Wild Boars untuk menonton perlawanan di kawasan mereka Old Trafford.

Kira-kira 4,000 sukarelawa­n semalam mengambil bahagian dalam pembersiha­n di kawasan sekitar gua Tham Luang.

Sebuah kawasan taman di sekitar pintu masuk menempatka­n ratusan penyelamat dan pekerja media yang berkumpul untuk membantu dengan misi dan melaporkan tentangnya.

Pihak berkuasa telah menutup gua itu buat masa sekarang namun berharap untuk membuka semula kemudian sebagai satu tarikan pelancong, dengan kawalan keselamata­n yang sesuai bagi memastikan tiada sesiapa terperangk­ap sekali lagi. — Reuters

 ??  ?? ANGGOTA tentera mengusung keranda Samarn Kunan, bekas penyelam tentera laut yang mati ketika cuba menyelamat­kan pasukan berkenaan, semasa majlis pengebumia­nnya di sebuah tokong di wilayah Roi Et, kelmarin. — Gambar Reuters
ANGGOTA tentera mengusung keranda Samarn Kunan, bekas penyelam tentera laut yang mati ketika cuba menyelamat­kan pasukan berkenaan, semasa majlis pengebumia­nnya di sebuah tokong di wilayah Roi Et, kelmarin. — Gambar Reuters
 ??  ?? KOMBINASI rakaman video bertarikh 13 Julai yang dikeluarka­n Kementeria­n Kesihatan dan Hospital Prachanukr­oh Chiang Rai kelmarin menunjukka­n pasukan bola sepak ‘Wild Boars’ menjalani pemulihan. — Gambar AFP
KOMBINASI rakaman video bertarikh 13 Julai yang dikeluarka­n Kementeria­n Kesihatan dan Hospital Prachanukr­oh Chiang Rai kelmarin menunjukka­n pasukan bola sepak ‘Wild Boars’ menjalani pemulihan. — Gambar AFP
 ??  ?? RAKAMAN video bertarikh 13 Julai yang dikeluarka­n Kementeria­n Kesihatan menunjukka­n jurulatih pasukan tersebut Ekkapol Chantawong menjalani pemulihan di Hospital Prachanukr­oh Chiang Rai. — Gambar AFP
RAKAMAN video bertarikh 13 Julai yang dikeluarka­n Kementeria­n Kesihatan menunjukka­n jurulatih pasukan tersebut Ekkapol Chantawong menjalani pemulihan di Hospital Prachanukr­oh Chiang Rai. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia