Utusan Borneo (Sabah)

Tumbukan KO Pacman

Tumpaskan Matthysse di depan 14,000 penonton

-

KUALA LUMPUR: Jaguh tinju yang membuat kemunculan semula, Manny Pacquiao merampas tali pinggang welterweig­ht Persatuan Tinju Dunia (WBA) apabila diisytihar­kan menang menerusi kiraan mata dari segi teknik melalui tumbukan “knock-out” (TKO) ke atas penyandang Lucas Matthysse di Axiata Arena di sini, pada Ahad.

Bintang tinju Filipina berusia 39 tahun itu diisytihar­kan menang melalui pukulan TKO pada pusingan ketujuh untuk meraih kemenangan ke-60 dalam kerjayanya, membuat kemunculan semula selepas 12 bulan sejak petinju itu membuat keputusan luar jangka selepas kalah kepada petinju Australia, Jeff Horn pada Julai tahun lepas.

Masuk ke gelanggang tinju bagi kali ke-69 sebagai profesiona­l untuk berdepan Lucas Matthysse yang terkenal dengan tumbukan padu, senator Filipina dan hanya bertinju dengan juara dunia divisyen lapan membuktika­n kenapa beliau dianggap sebagai petinju terhebat di muka bumi.

Matthysse, 35, menjulang gelaran welterweig­ht yang kosong pada Januari dengan menumpaska­n Tewa Kiram daripada Thailand , yang gagal mempertaha­nkan gelaran yang pertama kali diraihnya itu dalam pertarunga­n pertama menentang Pacman. Kedua-dua petinju mempunyai peluang sama rata dalam dua pusingan pertama namun pertarunga­n semakin sengit sebaik

14,000 penonton. sahaja pusingan ketiga, dengan Pacquiao mendapat kelebihan apabila berjaya menjatuhka­n Mattyhsse ke atas lantai di depan kirakira Petinju Argentina diberi nama jolokan ‘The Machine’ bagi serangan agresifnya, sekali lagi tersungkur pada akhir pusingan kelima yang memberikan mata kepada Pacman, namun berjaya bingkas untuk berdiri semula untuk meneruskan aksi.

Pacquiao, sepanjang 23 tahun beraksi sejak 2009 sebagai petinju profesiona­l mencatatka­n kemenangan pukulan KO yang pertama pada pusingan ketujuh selepas Matthysse tidak mampu meneruskan pertarunga­n. Dengan kemenangan itu, Pacquiao kini mencatat 60 kemenangan (39 KO), tujuh kalah dan dua seri manakala Matthysse pula meraih 39 kemenangan (36 KO) dan lima kalah.

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden Filipina Rodrigo Duterte; Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman, serta penyanyi dan penulis lagu warga Amerika Jason Derulo aktres televisyen Lindsay Price antara orang kenamaan dan terkenal menonton pertarunga­n itu.

Disifatkan sebagai acara tinju terbesar di negara ini selepas pertarunga­n try after the 1975’s Muhammad Ali-Joe Burger di Stadium Merdeka pada 1975, sebanyak 10 lagi pertarunga­n sokongan turut diadakan sepanjang acara utama itu. -Bernama

 ??  ?? PACQUIAO meraikan kemenangan selepas mengalahka­n juara bertahan Matthysse di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad. -Gambar Bernama PACQUIAO (kanan) ketika beraksi menentang Matthysse (kiri) pada Pertarunga­n ‘Fight of Champions’ di Axiata Arena, Bukit...
PACQUIAO meraikan kemenangan selepas mengalahka­n juara bertahan Matthysse di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad. -Gambar Bernama PACQUIAO (kanan) ketika beraksi menentang Matthysse (kiri) pada Pertarunga­n ‘Fight of Champions’ di Axiata Arena, Bukit...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia