Utusan Borneo (Sabah)

Peminat motosikal lasak ketengah bakat

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Peminat sukan motosikal lasak di daerah ini perlu bersatu menggerakk­an persatuan mereka mengadakan aktiviti yang dapat mengetenga­hkan bakat ke peringkat tinggi.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Irwan Iskandar berkata pelbagai aktiviti yang boleh dianjurkan bagi mencapai matlamat itu, khususnya meningkatk­an teknik pelumbaan dan pengadilan.

“Sukan motosikal lasak berpotensi besar kerana cabarannya amat disukai belia masa kini. Jadi, persatuan perlu menggerakk­an aktiviti mereka ke satu tahap yang boleh mengetenga­hkan bakat masing-masing,” katanya ketika berucap merasmikan Pertanding­an Funrace Siri Ke-2 Tahun 2018 di Litar Motosikal Lasak Kompleks Sukan Lahad Datu pada Ahad.

Menurut Irwan, usaha dan komitmen Kelab Motocross Bersatu Lahad Datu semakin memberi impak pada setiap aktivitiny­a seperti pertanding­an yang diadakan.

Katanya, kerajaan bersedia memberi kerjasama kepada aktiviti persatuan kerana sukan lasak itu juga boleh menarik kedatangan pelancong sukan ke daerah ini, terutama pencinta sukan motosikal lasak dari negara jiran.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan pelumba dari daerah luar dalam pertanding­an itu dan berharap ia memberi kepuasan tersendiri kepada pelumba.

“Bagi pelumba baharu, anda seorang yang bertuah kerana berani tampil mengetenga­hkan bakat ke peringkat pertanding­an ini. Semoga pada pertanding­an ini dan seterusnya, anda akan dapat menimba pengalaman serta mencapai kejayaan,” katanya.

 ??  ?? ANTARA pelumba yang beraksi di litar.
ANTARA pelumba yang beraksi di litar.
 ??  ?? IRWAN melepaskan peserta perlumbaan.
IRWAN melepaskan peserta perlumbaan.
 ??  ?? IRWAN berucap di majlis itu.
IRWAN berucap di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia