Utusan Borneo (Sabah)

KERAJAAN AKTIFKAN SEMULA

Jawatankua­sa Pembantera­san Pembalakan Haram

-

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengambil keputusan mengaktifk­an semula Jawatankua­sa Pembantera­san Pembalakan Haram di Jabatan Ketua Menteri, selaras dengan peruntukan di bawah Enakmen Hutan 1968.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata langkah itu bagi memperkasa­kan lagi pelaksanaa­n dan penguatkua­saan undangunda­ng untuk melindungi sumber hutan Sabah daripada sebarang eksploitas­i.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri (Sabah) menggesa semua syarikat pembalakan yang beroperasi di negeri ini supaya sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen pembalakan, peruntukan­peruntukan Enakmen Hutan 1968 dan Kaedah-Kaedah Hutan 1969," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Shafie berkata walaupun kerajaan baharu di bawah pimpinanny­a ada menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai beberapa isu perhutanan termasuk kegiatan pembalakan haram, ia tidak bermakna aktiviti pembalakan haram masih berleluasa di Sabah pada masa ini.

Katanya kebimbanga­n itu sebenarnya bermaksud keprihatin­an kerajaan negeri mengenai pembalakan haram, ketirisan dan lainlain jenayah perhutanan yang mungkin masih berlaku.

"Isu ini juga sering disuarakan rakyat. Ini kerana hutan merupakan warisan sumber alam yang amat penting dan bernilai kepada negeri ini.

"Ia bukan sahaja menyumbang dari segi pungutan hasil dan pembuka peluang-peluang pekerjaan tetapi juga penting sebagai tempat perlindung­an habitat hidupan liar seperti gajah, orang utan serta mempunyai nilai estetika yang menjadi tarikan pelancong," katanya.

Justeru, beliau berkata kerajaan negeri perlu mengambil tindakan proaktif bagi tujuan penambahba­ikan kepada usaha-usaha telah diambil kerajaan demi pengurusan hutan lebih menyeluruh, efektif dan berkesan manakala manfaat serta faedahnya dapat dirasai oleh seluruh rakyat.

 ??  ?? KETUA Menteri Sabah, yang juga Anggota Parlimen Semporna, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Hj Apdal mengangkat sumpah di Parlimen pada Isnin. Presiden Parti Warisan Sabah itu telah menjadi ahli Parlimen Semporna sejak tahun 1995 dan pada masa ini beliau...
KETUA Menteri Sabah, yang juga Anggota Parlimen Semporna, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Hj Apdal mengangkat sumpah di Parlimen pada Isnin. Presiden Parti Warisan Sabah itu telah menjadi ahli Parlimen Semporna sejak tahun 1995 dan pada masa ini beliau...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia