Utusan Borneo (Sabah)

PPM Sandakan tahan dua lelaki miliki dadah

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam operasi di kawasan Batu 9, Jalan Gereja, di sini, petang Ahad.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohd Yazib Abd Aziz berkata kedua-dua suspek masing-masing berumur 43 dan 23 tahun, serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 3.30 petang semasa pihak PPM Sandakan menjalanka­n tugas Op Pensura Khas sebaik menerima maklumat mengenai pengedaran dadah di kawasan terbabit.

"Dalam tangkapan pertama (suspek 43 tahun), semasa intipan dibuat suspek dalam keadaan yang mencurigak­an. Pihak PPM menghampir­i suspek dan memperkena­lkan diri sebagai polis, bagaimanap­un lelaki terbabit bertindak agresif menyerang anggota serbuan menggunaka­n sebilah pisau berukuran 17cm," katanya sambil menambah, bagaimanap­un suspek berjaya ditahan.

Yazib berkata hasil pemeriksaa­n fizikal terhadap suspek, menjumpai satu beg kecil bertulis 'Kedai Emas Indah' di bahagian poket seluar sebelah kiri yang dipakai suspek.

Pemeriksaa­n lanjut ke atas beg berkenaan terdapat dua paket plastik lutsinar, satu paket plastik di dalamnya mengandung­i 13 paket plastik kecil pelbagai saiz dan satu paket plastik mengandung­i ketulan hablur disyaki dadah jenis methamphet­amine (syabu).

Anggaran berat syabu yang dirampas daripada suspek pertama adalah 1.76 gram bernilai RM200. Turut dirampas daripada suspek, sebilah pisau berukuran 17cm.

"Bagi tangkapan kedua (suspek 23 tahun), serbuan dilakukan di sebuah pondok atas bukit di kawasan yang sama.

"Semasa sebuan dijalankan pasukan serbuan memperkena­lkan diri sebagai anggota polis, dan suspek bertindak cuba melarikan diri lalu berlaku pergelutan dengan anggota serbuan sehingga lelaki berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kening sebalah kanan," katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaa­n fizikal ke atas tubuh suspek, menjumpai sebuah beg pinggang berwarna biru jenama Nike yang disandang lelaki terbabit.

"Hasil pemeriksaa­n lanjut ke atas beg pinggang berkenaan menemui sebilah pisau berukuran 19cm, satu unit telefon bimbit jenama Nokia, satu bekas plastik warna ungu di yang dalamnya terdapat satu plastik warna kuning yang diubah suai mengandung­i 73 paket plastik berisi ketulan hablur disyaki dadah jenis methamphet­amine," katanya.

Katanya anggaran berat dadah yang dirampas adalah 9.41 gram bernilai RM1,000.

Yazib berkata kedua-dua suspek diserahkan kepada Balai Polis Bandar Sandakan untuk tindakan lanjut oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sandakan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? DADAH jenis syabu dalam milikan dua suspek ditahan dalam Ops Pensura Khas.
DADAH jenis syabu dalam milikan dua suspek ditahan dalam Ops Pensura Khas.
 ??  ?? PISAU yang dirampas daripada salah seorang suspek.
PISAU yang dirampas daripada salah seorang suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia