Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat balak didenda RM110,000, lepas minyak bahan api ke perairan

Lepaskan minyak bahan api ke perairan

- Oleh MUHAMMAD IKRAM IQBAL (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Sebuah syarikat berasaskan pembalakan dikenakan denda sebanyak RM110,000, atas kesalahan melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Hakim Mahkamah Sesyen Ainul Mohamad Shahrin mengenakan hukuman itu terhadap wakil syarikat terbabit, yang mana pada Isnin untuk jatuh hukum.

Sebelum ini, syarikat berkenaan, mengekalka­n pengakuan bersalah melepaskan minyak bahan api yang melimpah dari ‘MFO Shore Tank’, ke dalam perairan negara, laut Teluk Brunei.

Perbuatan berkenaan dilakukan tanpa lesen daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.

Kesalahan dilakukan pada 10 Ogos 2015 jam 9.40 pagi, di premis syarikat terbabit, Jalan Jeti, daerah Sipitang.

Syarikat berkenaan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dihukum mengikut Seksyen 27 (2) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda maksimum RM500,000 atau penjara selama tempoh lima tahun, atau kedua-duannya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Hashim Awang dari Jabatan Alam Sekeliling (JAS) menyatakan, pihaknya menerima aduan daripada tiga nelayan tempatan.

Beliauturu­tmengemuka­kan permohonan Perintah Bayaran Pampasan, mengikut Seksyen 46 E Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Bagaimanap­un wakil peguambela daripada syarikat terbabit membidas, hal terbabit mengikut budi bicara mahkamah dan bukannya mandatori.

Tambahnya, para nelayan terbabit harus menunjukka­n kerugian mereka yang disebabkan oleh perbuatan syarikat berkaitan.

Ainul memerintah­kan syarikat terbabit membayar pampasan kepada tiga nelayan berkenaan, sebanyak RM12,003.62.

“Kesalahan dilakukan pada 10 Ogos 2015 jam 9.40 pagi, di premis syarikat terbabit, Jalan Jeti, daerah Sipitang. ”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia