Utusan Borneo (Sabah)

9 hari untuk kemas kini maklumat PTPTN

-

KUALA LUMPUR: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu mengemukak­an maklumat pendapatan mulai Isnin hingga 25 Julai depan.

Pengerusin­ya Wan Saiful Wan Jan berkata ia perlu dilaksana bagi mengumpul data terkini sebelum penangguha­n bayaran balik untuk peminjam berpendapa­tan bawah RM4,000 dilaksanak­an, sebaik kajian teliti selesai.

“Semua peminjam yang patut membuat bayaran balik dan masih mempunyai baki dikehendak­i mengemas kini maklumat secara dalam talian pada portal rasmi PTPTN.

“Sekiranya peminjam gagal mengemas kini maklumat dalam tempoh itu, PTPTN menganggap peminjam tidak berhasrat memohon penangguha­n,” katanya pada sidang media di Menara PTPTN, pada Isnin.

Beliau berkata selain maklumat pendapatan, peminjam perlu mengemas kini maklumat penting seperti alamat, nombor telefon dan e-mel.

Wan Saiful berkata PTPTN juga berharap agensi-agensi terlibat seperti Kementeria­n Kewangan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat membantu dari segi perkongsia­n data untuk memudahkan proses berkenaan.

“Kita menghadapi kekangan untuk mendapatka­n data berikutan semua maklumatdi­lindungiol­ehAkta Perlindung­an Data Peribadi 2010. Oleh itu, kita merayu agensi terlibat membantu PTPTN dan peminjam sendiri mengemaski­ni maklumat mereka,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Wan Saiful berkata pada Jun lepas, seramai 429,945 peminjam dikeluarka­n daripada senarai hitam Jabatan Imigresen, selaras dengan janji pilihan raya umum kerajaan Pakatan Harapan untuk memutihkan peminjam PTPTN yang disenarai hitam.

Beliau turut menafikan pelantikan­nya sebagai pengerusi PTPTN baharu pada Jun lepas adalah atas dasar politik.

“Pelantikan saya tidak bertentang­an dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan kerana janji itu hanya tertakluk kepada pelantikan dalam syarikat milik kerajaan (GLC), “katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia