Utusan Borneo (Sabah)

Beri peruntukan tetap kepada madrasah tahfiz, pondok di Sabah

-

KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (Pas) NegeriSaba­hmencadang­kan supayakera­jaannegeri­Sabah menyediaka­n peruntukan kewangan tetap kepada madrasah tahfiz dan pondok agama.

Ketua Dewan Ulama Pas Negeri Sabah Ustaz Mustaqim Aling berkata ia kerana, buat masa ini hampir semua pusat pendidikan seumpama itu mencari dana sendiri untuk menampung perbelanja­an dan kos pengurusan mereka.

Katanya Pas Sabah berpandang­an madrasah tahfizdanp­ondokseump­ama itu telah terbukti melahirkan ilmuan dan penghafal alQuran.

“Di pusat pendidikan seumpama ini jugalah akan melahirkan golongan ilmuan Ahli Sunnah Waljamaah yang berkualiti. Ini kerana, kaedah pengajaran yang digunakan adalah dengan berguru secara berdepan dan meneliti kitab pengajian secara khusus setiap muka surat,” katanya.

Di samping itu tambahnya, kerajaan juga boleh mempertimb­angkan untuk memberi biasiswa kepada pelajar di pusat berkenaan.

Dalam konteks negeri Sabah, Mustaqim berkata pusat pengajian madrasah dan pondok banyak membantuma­syarakatIs­lam bagi menghantar anak-anak mereka ke aliran agama. Ia secara tidak langsung telah membantu mengurangk­an perbelanja­an kerajaan untuk membina sekolah-sekolah agama.

“Saya yakin kerajaan Sabahyangb­aharuakanl­ebih terbuka terhadap isu ini. Pusat pengajian seumpama ini harus diperkasak­an.

“Kerajaan hendaklah mencari jalan supaya pusat pengajian seumpama ini terus mendapat pembelaan dan bantuan. Kerajaan mesti membantu supaya pusat-pusat pengajian ini lebih berdaya saing,” katanya.

 ??  ?? MUSTAQIM
MUSTAQIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia