Utusan Borneo (Sabah)

Umno Sipitang akan terus berkhidmat kepada rakyat

-

BEAUFORT: Umno Bahagian Sipitang akan terus berjuang dan berkhidmat kepada rakyat di kawasan Sipitang walaupun kini berstatus sebagai parti pembangkan­g.

Ketuanya Datuk Sapawi Haji Ahmad berkata, komitmen Umno kepada rakyat kawasan Sipitang tidak berubah walaupun kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin kini diwakili oleh parti Warisan.

Beliau berkata, rakyat masihmembe­rikansokon­gan mereka kepada calon-calon Umno/BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke14 apabila mantan Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa menang kerusi Parlimen Sipitang dan Matbali Haji Musah menang kerusi DUN Lumadan.

“Walaupun kita tewas di kerusi DUN Sindumin dan sekaligus menjadi pembangkan­g di peringkat Kerajaan Pusat, kita akur dan menerima ketentuan politik ini,” katanya.

Sapawi berkata demikian pada Majlis Salam Aidilfitri dan Rumah Terbuka Umno Sipitang di perkaranga­n Ainley Car Wash Kg Lumatai, di sini pada Ahad.

Turut hadir ialah Matbali yang juga timbalan ketua bahagian Umno Sipitang yang baharu, Adun Membakut Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif, Adun Klias Datuk Isnin Haji Alisnih, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang juga ketua bahagian PBS Sipitang, Naib Presiden PBS Haji Roslan Muharam, Ketua Wanita Umno Bahagian Sipitang Datuk Surinam Sadikon dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sipitang yang baharu Mazlan Joe.

 ??  ?? SAPAWI berucap di majlis itu. Kelihatan Matbali (kiri Sapawi) dan kepimpinan Umno Bahagian Sipitang.
SAPAWI berucap di majlis itu. Kelihatan Matbali (kiri Sapawi) dan kepimpinan Umno Bahagian Sipitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia