Utusan Borneo (Sabah)

Erat silaturahi­m warga sekolah

SK Tampi-tampi raikan serentak Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri

- Oleh SALMAN ABADI

SEMPORNA: Sekolah Kebangsaan (SK) Tampitampi telah mengadakan program sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Dato Sri Nasir di sekolah berkenaan.

Majlis itu turut dimeriahka­n dengan kehadiran Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Semporna Dzulkifli Ali Basha dan Pengarah Urusan

“Majlis kunjung-mengunjung dari kelas ke kelas sambil menikmati pelbagai juadah raya yang disediakan oleh setiap kelas ternyata amat menyeronok­kan dan menggembir­akan murid” murid dan juga guru-guru.

BAKNAN ALI LAMPONG Guru Besar SK Tampi-tampi

Syarikat Raspand Sdn Bhd Datin Saadiah Haji Abdul Rashad.

Guru Besar SK Tampitampi Baknan Ali Lampong berkata majlis itu bertujuan menyemarak­kan sambutan bagi kedua-dua perayaan itu, selain mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m antara warga sekolah khasnya guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.

Katanya, pelbagai acara pengisian diadakan sempena sambutan itu termasukla­h persembaha­n murid seperti nyanyian, tarian, koir dan sebagainya.

Turut diadakan sempena majlis itu ialah penyerahan sumbangan duit raya kepada sebahagian murid SK Tampi-tampi serta acara memotong kek Hari Guru yang disempurna­kan oleh para tetamu jemputan.

“Majlis kunjungmen­gunjung dari kelas ke kelas sambil menikmati pelbagai juadah raya yang disediakan oleh setiap kelas ternyata amat menyeronok­kan dan menggembir­akan muridmurid dan juga guru-guru,” katanya.

Baknan berkata, majlis itu diadakan pada hari Sabtu bagi mengelak gangguan terhadap waktu pengajaran dan pemudahcar­aan (PdPc), di samping membolehka­n warga sekolah menghadiri­nya beramairam­ai memandangk­an suasana Hari Raya adalah acara yang menyeronok­kan dan turut melibatkan beberapa tetamu jemputan khas.

Beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua guru atau ahli jawatankua­sa (AJK) serta staf sokongan sekolah yang telah berusaha dan bertungkus-lumus menjayakan program sambutan itu yang akan dijadikan sebagai acara tahunan sekolah.

 ?? -Gambar Bernama ?? DARI kiri; Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Rakyat pada Majlis Angkat Sumpah Anggota Parlimen bagi Persidanga­n Penggal Pertama Parlimen ke-14 pada Isnin.
-Gambar Bernama DARI kiri; Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Rakyat pada Majlis Angkat Sumpah Anggota Parlimen bagi Persidanga­n Penggal Pertama Parlimen ke-14 pada Isnin.
 ??  ?? DZULKIFLI (tengah) bersama para tetamu jemputan memotong kek Hari Guru 2018 SK Tampi-tampi.
DZULKIFLI (tengah) bersama para tetamu jemputan memotong kek Hari Guru 2018 SK Tampi-tampi.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SAADIAH (empat kiri) dan guru-guru SK Tampi-tampi bergambar kenangan bersama kanak-kanak yang menerima duit raya.
SAADIAH (empat kiri) dan guru-guru SK Tampi-tampi bergambar kenangan bersama kanak-kanak yang menerima duit raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia