Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan keluar dewan bukan cara untuk bantah: KJ

-

KUALA LUMPUR: Sungguhpun terdapat pertikaian berhubung proses pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Isnin, anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menyifatka­n tindakan pembangkan­g keluar dewan bukan caranya untuk menyatakan bantahan.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu yang kekal di dalam dewan sehingga selesai majlis mengangkat sumpah jawatan berkata bantahan boleh dibuat sewaktu perbahasan selepas upacara perasmian pembukaan Parlimen esok atau menerusi peraturan mesyuarat.

“Hari ini adalah hari untuk kita mengangkat sumpah jadi kita perlu menghormat­i dewan dan majlis mengangkat sumpah. Kita boleh jadi contoh yang baik.

“Cara macam mana kita nak bantah itu boleh kita buat sewaktu perbahasan selepas upacara perasmian pembukaan Parlimen esok ataupun melalui standing order (peraturan mesyuarat) pada Rabu nanti,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, Isnin.

Selain Khairy, anggota Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman turut terus berada di dalam dewan namun beliau enggan memberi sebarang kenyataan apabila ditemui pemberita selepas majlis itu.

Anggota parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk ketua pembangkan­g Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta wakil rakyat daripada parti PAS bertindak keluar Dewan Rakyat pagi ini sebagai tanda bantahan dan menolak proses pelantikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Mohamad Ariff dimasyhurk­an sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang kesembilan. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia