Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa kebakaran terima sumbangan Ahli Parlimen Ranau

- ABADI -Oleh SALMAN

RANAU: Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin berkata penduduk kampung yang ditimpa sebarang tragedi di daerah ini akan terus diberi bantuan kecemasan khas seperti yang diamalkan semasa pentadbira­n terdahulu.

“Kini dalam Pakatan Harapan (PH), kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Upko di Sabah, bukan sahaja kita ambil kisah kebajikan rakyat, tetapi kita akan terus memberi bantuan dan sokongan kepada mereka yang menghadapi insiden yang tidak diingini seperti kebakaran rumah dan sebagainya,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden yang berlaku baru-baru ini yang menyebabka­n sebuah rumah penduduk, Mokti, di Kampung Pulutan yang musnah terbakar ketika angin kencang.

Jonathan yang dimaklumka­n tentang kejadian itu dengan serta-merta menghantar sumbangan kecemasan kepada keluarga yang terlibat melalui Pegawai Khasnya Jaharin Angku dan beberapa wakil lain dari Pejabat Parlimen Ranau.

Jaharin ketika dihubungi berkata keluarga itu berada dalam keadaan menyedihka­n.

“Walaupun semasa kebakaran, tiada siapa yang berada di rumah, semua barang mereka musnah terbakar dan sekarang mereka tidak mempunyai apa-apa,” katanya sambil bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga berkenaan.

Dalam pada itu, Jonathan menasihatk­an orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan memberi keutamaan kepada keselamata­n terutamany­a semasa cuaca buruk, supaya tidak ada kejadian lain yang tidak diingini berlaku yang boleh menjejaska­n kesejahter­aan setiap anggota masyarakat.

“Kita berdoa agar tidak ada lagi kejadian malang seperti ini pada masa depan.

“Tolong ambil perhatian mengenai keselamata­n terutamany­a kanak-kanak kecil,” katanya sambil memberi jaminan pihaknya akan berusaha memberi bantuan dan sokongan kepada mangsa kebakaran terbabit.

 ??  ?? JAHARIN (kiri) mewakili Jonathan menyampaik­an sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran di Kg Pulutan.
JAHARIN (kiri) mewakili Jonathan menyampaik­an sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran di Kg Pulutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia