Utusan Borneo (Sabah)

Simpan harta curi, lelaki warga asing dipenjara 20 bulan

- - Oleh MUHAMMAD IKRAM IQBAL (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing yang menyimpan harta curi dikenakan penjara 20 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap Diang Pang, 38, selepas mengaku salah.

Tertuduh yang disabitkan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, didapati menyimpan sebuah telefon pintar milik lelaki berusia 28 tahun.

Kesalahan itu dilakukan pada 7 Julai jam 11 pagi, di sebuah rumah, Skim Penempatan Telipok, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh lima tahun atau denda, atau keduaduany­a.

Berdasarka­n fakta kes, pada 6 Julai jam 1 pagi, pengadu yang baharu sampai ke rumah mendapati tingkap dapur terbuka.

Beliau segera memeriksa keadaan rumahnya dan menyedari, beberapa barang hilang disyaki dicuri.

Sebelum membuat laporan polis, pengadu terlebih dahulu memaklumka­n kejadian terbabit kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

Hasil siasatan lanjut, jiran pengadu didatangi tertuduh yang mahu menukarkan wang Filipina kepada Ringgit Malaysia, namun menolak kerana melibatkan jumlah yang banyak disamping berasa curiga.

Beliau seterusnya memberitah­u perkara terbabit kepada JKKK, yang mana membawa kepada penangkapa­n tertuduh.

Tamat tempoh hukuman yang bermula pada tarikh tangkap 7 Julai, tertuduh diperintah­kan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia