Utusan Borneo (Sabah)

Dua rakan didakwa bunuh pemandu Grab

-

KUALA LUMPUR: Seorang warga Myanmar dan seorang warga India didakwa di Mahkamah Majistret, Selayang di sini Isnin atas pertuduhan membunuh seorang pemandu Grab,bulan lepas.

Sua Lay, 33, pemegang kad Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan Gurpreet Singh, 23, masing-masing mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua lelaki itu kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kedua-dua lelaki itu yang masing-masing bekerja sebagai pembantu kedai sayur dan kelindan lori didakwa dengan niat bersama-sama membunuh pemandu Grab, Aiman Nosri, 27, di tempat letak kereta, lorong belakang Blok C di Taman Selayang Makmur, Selayang Baru, Batu Caves di sini, pada 10.08 malam, 21 Jun lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen302­KanunKesek­saan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Muhamad Amin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah menetapkan 27 Ogos untuk sebutan semula kes bagi laporan forensik dan perubatan.

Sebelum ini media melaporkan mayat mangsa yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan, ditemui pada 23 Jun lepas pada 8.20 malam itu berada dalam keadaan terlingkup dengan bahagian kepala mengenai lantai kenderaan tersebut, manakala kakinya di atas.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia