Utusan Borneo (Sabah)

Kemabong perlu perkhidmat­an perbankan

-

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Jamawi Jaafar berharap cawangan bank dapat diwujudkan di daerah kecil Kemabong bagi memudahkan rakyat membuat urusan perbankan.

Beliau berkata rata-rata penduduk yang dianggarka­n berjumlah 28,000 orang di daerah itu terpaksa ke pekan Tenom yang jaraknya kira kira 40 kilometer dari pekan Kemabong untuk berurusan dengan institusi kewangan.

“Tiba masanya sebuah cawangan bank diwujudkan di daerah kecil Kemabong untuk kemudahan penduduk setempat, bukan sahaja untuk menyimpan dan mengeluark­an simpanan tetapi juga pembayaran bil setempat,” katanya.

Beliau ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengurus Negeri Bank Simpanan Nasional BSN Laudin Sudang di Wisma BSN Karamunsin­g, di sini.

Menurut Jamawi majoriti penduduk Kemabong adalah pemegang akaun BSN yang terpaksa berurusan di pekan Tenom, yang sudah beroperasi lebih daripada 30 tahun.

“Selain jaraknya jauh, timbul juga kesesakan di BSN pekan Tenom terutamany­a di hujung dan awal bulan,” katanya.

Oleh kerana majoriti penduduk Kemabong pemegang akaun BSN, beliau berkata adalah bertepatan bank itu membuka cawanganny­a di Kemabong.

“Perkara ini telah saya ajukan dan bincangkan dengan pengurus negeri BSN dan kita berharap BSN akan memberikan perhatian serta pertimbang­an kepada permohonan ini,” tambahnya.

Katanya dengan pewujudan sebuah cawangan bank di Kemabong, selain memberikan kemudahan kepadapend­uduksetemp­at,ia juga memberikan kemudahan kepada pelajar sekolah untuk menambung di mana terdapat beberapa sekolah menengah dan rendah di daerah kecil berkenaan.

 ??  ?? JAMAWI (kanan) menyerahka­n surat permohonan kepada Laudin.
JAMAWI (kanan) menyerahka­n surat permohonan kepada Laudin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia