Utusan Borneo (Sabah)

Inkubator Mardi lahir ramai usahawan

Pertama diwujudkan di Sabah, bantu jana ekonomi

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pewujudan Inkubator Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) khusus dalam menghasika­n produk ikan di sini dijangka mampu melahirkan lebih ramai usahawan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pembanguna­n inkubator berteknolo­gi moden ini juga bakal melahirkan graduan yang berjaya dalam sektor berkenaan.

“Inkubator teknologi Mardi ini adalah yang pertama di Sabah yang mana sebelum ini ia hanya diwujudkan di Alor Setar Kedah, Kuala Linggi Melaka dan Besut Terengganu.

“Sabah menjadi negeri yang keempat memiliki inkubator teknologi Mardi menerusi pemprosesa­n produk hiliran berasaskan ikan,” katanya ketika merasmikan Hari Mardi Sabah, di sini pada Isnin.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Yusof.

Shafie berkata, sektor pertanian mempunyai potensi besar sebagai sumber kekayaan yang dapat menjana pendapatan kepada rakyat negeri ini.

“Ini terbukti apabila ramai usahawan termasuk golongan belia negeri ini yang berjaya memperoleh­i pendapatan tinggi hasil daripada pertanian.

“Oleh itu, rakyat perlu mengubah tanggapan bahawa pertanian hanyalah kerjaya bagi orang miskin.

“Kita perlu manfaatkan bidang pertanian untuk majukan ekonomi diri dan keluarga serta negeri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Mardi Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor berkata, pihaknya telah memperkena­lkan teknologi ‘Test Bed’ dan inkubator bagi melahirkan graduan yang

“Inkubator teknologi Mardi ini adalah yang pertama di Sabah yang mana sebelum ini ia hanya diwujudkan di Alor Setar Kedah, Kuala Linggi Melaka dan Besut Terengganu. ”

DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL Ketua Menteri

(kanan) menyempurn­akan gimik perasmian bangunan Inkubator Mardi sambil diperhatik­an oleh Mohamad Roff (kiri).

berjaya dalam perniagaan.

“Sehingga kini, teknologi inkubatori­nitelahmel­ahirkan seramai 170 usahawan berjaya di seluruh negara.

“Sementara itu, Program Agropreneu­r Muda telah melahirkan lebih 290 usahawan di Sabah. Kini kita menyasarka­n untuk melahirkan sekitar 500 usahawan muda dengan pendapatan sekurangku­rangnya RM1,500 sehingga RM5,000 sebulan,” katanya.

Beliau berharap program itu membolehka­n golongan muda secara khusus bagi mencetus ilham dengan pandangan lebih kreatif dan inovasi seterusnya mampu menjana pendapatan lumayan.

 ??  ?? DAUD
DAUD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia