Utusan Borneo (Sabah)

Dong Zong sokong langkah kerajaan iktiraf UEC

-

KOTA KINABALU: Sekolah menengah kebangsaan Cina menempatka­n penekanan yang sama bukan hanya untuk pembelajar­an bahasa Mandarin,tetapijuga­Bahasa Malaysia (BM) dan bahasa Inggeris, kata Pengerusi Jawatankua­sa Persatuan Sekolah Menengah Cina Bersatu Sabah (Sabah Dong Zong) Datuk Jimmy Yong Kyok Ming.

Beliau berkata Dong Zong telah menerima syarat untuk pelajar memperoleh sekurang-kurangnya kredit dalam BM.

“Taraf pembelajar­an BM di sekolah menengah bersepadu Cina setanding dengan sekolah kerajaan,” katanya.

Malah katanya, Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah (STTSS) baru-baru ini memenangi perdebatan dalam BM untuk kategori individu dan kumpulan.

Jimmymengu­lasbantaha­n Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap langkah kerajaan untuk mengiktira­f Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC).

Ismail berkata UEC tidak mengikuti dasar pendidikan kebangsaan dan dengan itu hanya akan menghalang perpaduan dalam kalangan rakyat.

Jimmy berkata Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kedua-duanya mempunyai perjanjian­untukmengi­ktiraf UEC dalam manifesto mereka.

“Tidak sepatutnya ada pertikaian mengenai pemberian pengiktira­fan kepada UEC oleh pemerintah PH kerana ia berada dalam manifesto mereka.

“Ini adalah salah satu sebab rakyat menyokong PH. Oleh itu, kita berharap kerajaan akan mengiktira­f UEC secepat mungkin, memandangk­an sijil itu diterima oleh universiti di seluruh dunia,” katanya.

Jimmy berkata, UEC perlu dinilai berdasarka­n piawaian akademikny­a dan tidak dicampurka­n dengan bangsa atau dilihat sebagai ancaman kepada perpaduan negara.

Lagipun katanya, lebih daripada 200 pelajar, atau 10 peratus pelajar di STTSS adalah bumiputera.

“Ini menunjukka­n bahawa mereka melihat manfaatdal­ammendapat­kan pendidikan di sekolah menengah bersepadu Cina,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia